A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Monday, 24 June 2013

Muslimahkah aku?

gambar hiasan.mohon scroll ke bawah laju-laju.

Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, Baginda bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman.
Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka.Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.
------------>by Aiman Azlan (langit ilahi)

Thursday, 6 June 2013

Apabila Kita Mula Jatuh Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[QS Al-Ahzab, 33:4]

Siapa ada pengalaman dalam bercinta dengan manusia, sila angkat tangan! Oh, nampaknya semua tangan hanya terletak dimouse, jadi, insya-Allah yang sedang membaca ini semuanya suci-suci belaka. Maksudnya, tak pernah bercinta. Walaupun bercinta dengan bercouple tu sebenarnya dua perkara yang berbeza, tapi bukan itu yang saya nak bahaskan sekarang ini.

"Akh, ana ada minat pada seorang perempuan ni, macam mana akh?"

"Ok-lah tu, ana pernah dengar ada orang report roomate dia minat pada lelaki, hah, itu yang jangan!"
"So, ana nak buat macam mana?"
"Pertama, antum kena tahu bahwa rasa yang antum dapat itu datang dari Allah atau syaitan.." 
Dan lain-lain lagi... Saya pun dah tak ingat dah apa saya jawab.


Jatuh cinta?

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita cenderung untuk melihat pada dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok surat atau bayang-bayang dorm dia pun jadilah.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat peka terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita, takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada 14 misscall! Lagilah kita rasa cuak sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, ada yang sanggup habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20, ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa, RM200 seminggu itu bukan masalah.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa mengingat pada dia. Nak makan teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat demi dia.

Ok, banyak dah, rasanya ada di antara kita yang boleh menyambung puisi (kalau boleh dipanggil puisi lah) di atas.

Cuma, persoalannya, bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT? Soalan kedua, bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kata-kata Dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melantunkan ayat-ayat-Nya pun jadilah. Pernah tak?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa peka-kah kita terhadap orang yang bercerita dengan dia. Pantang terdengar, bukan betul pun kadang-kadang, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan Dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Pernah tak?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke jam di handset takut-takut waktu tahajjud dah terlepas. Inikan pula waktu subuh pun dah terlepas! Kemudian kita rasa cuak sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menebarkan nikmatnya pada kita lagi. Pernah tak?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Dan yang paling utama kita akan jaga ialah kebersihan hati kerana Allah tidak melihat pada luaran, tetapi hati. Pernah tak?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk mengingat Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja dakwah? RM1? RM2? Atau kita sanggup berhutang asalkan kerja dakwah berjalan?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa kali sehari kita akan mengingat pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia.

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia?


Pulangkan pada diri

Semua persoalan itu tanyakan pada diri kita masing-masing. Apapun jawapannya, pulangkan pada diri masing-masing. Keranajika cinta di hati kita masih bermasalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain.

Cukuplah. Sudah terlalu ramai orang yang dunia lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpamakan seperti itu?

"Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (هَوَاهُ), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
[QS Al-A'raf, 7:176]

Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah seperti haiwan ternak?

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” 
[QS Al-A’raf, 7:179]

Ataupun, kita mahu menjadi seperti ini,

“Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.” 
[HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]

Tepuk dada, tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita.

مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِه
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"
[QS Al-Ahzab, 33:4]

Mana mungkin kita cintakan syurga, dalam masa yang sama kita cintakan neraka
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Inilah Masanya..

thanks to mohamad khir johari di atas perkongsian entri yang sangat bermakna. :)
Assalamualaikum.

Thursday, 25 April 2013

Bawaku Terbang: Antara Cinta dan Cita.

Assalammualaikum semua..greetings :)

Jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaadi,
semalam (24/4/2013) ,saya serta sekumpulan kawan sya telah bersama-sma menghadiri ke majlis ilmu yang telah dianjurkan oleh Kelab Penyayang USM . #okey,kenapa ayat aku skema sangat.

Okey,one of the reason is that because of Anwar Hadi, (walhal baru sekali je tengok video die) dan well, tajuk majlis ilmu pun mcm interesting je ; "Malam Amal Satu Hati,Sejuta Harapan; Bawaku Terbang, Antara Cinta dan Cita..jeng jeng.

haaa,nilah poster dia :)


Haaa,dahla saya ni selalu dok confuse mana satu nak dikejar,sama ada cinta atau cita? Tanpa cinta,cita tak akan subur dan tanpa cita,cinta tak ada arahnya. kan~

Well,i must admit that i've waited quite a long time for the arrival of the guest. haha. dan lepas tu bila dah jumpa tu,adrenaline dalam badan tu tinggi je tiba2. Biaselah tu, jumpa orang femes.

Well,I do like to make a note on every talk that I attend. Yelah, kalau tak ditulis,mcm rugi je datang majlis ilmu ni. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Sekejap je kesedaran yang timbul.

BYTHEWAY. Saya sebenarnya nak kupas tajuk forum hari ni. Well the words are not mine, just sampaikan sahaja. Dalam mengejar cinta dan cita,which one is the first? Ramai jugak orang tersangkut dekat sini. Dalam belajar,sedang bercinta jugak.

Imam Muda Fakhrul (he is totally funny)  said that Cinta nombor satu,tapi cita bukan nombor dua. Dan cita nombor satu,tapi cinta bukan nombor dua..haa kan.mana satu yang betul ni ==?
Sebenarnya cinta boleh diselaraskan dgn cita. Tanpa cinta,tak hiduplah cita bro. Dan tanpa cita,ke manakah arah kita bercinta?

Well, I really dont like this type of answer,when I asked my friend;

me: Apsal ko bercinta dgn dia? (muka curious)
she: Hmm..(setelah berfikir 5 saat),aku pun tak tahu....

me:WHAT!

Lepas dah tenang balik,I seriously tak nak tanya dah. Gegerl,u just wasting your time loving someone without  having future with them.

and there is one more type of question that i hate the most..

me: Nanti korang kahwin, jangan lupa jemput aku.
she: HAHAHa(gelak evil gila)..aku rasa kitaorg takkan last. Aku jangkakan lagi 100 hari,kitaorang akan
     break.

me: What the neraka!

Gegerl,kalau u dah jangka korang takkan last,then why couple at the first place. Aishh mcm nak bagi penampar pun ada =='' ..
Bercinta biar bermatlamat. Baru cita dan cinta bersatu.

And from the love story of Imam Muda Fakhrul, I thought that bercinta mengikut syariat Islam is lovely.
SOoooo lovely. Bila kita bercinta mengikut Islam, Allah will make our love journey easier. Some of my friend ada yang bercouple,tapi hati tak tenteram. Mereka tahu apa yang mereka buat tu tak elok. Dating, chating, calling. But remember that Allah Maha Pengampun. Hidayah Allah itu ada di mana2 sahaja, cuma kita sendiri sahaja yang perlu celikkan hati,bukakan minda. Bercinta tak salah kalau mengikut caranya. Tak semestinya you dah berubah,maka you pun  kena break dengan boyfiend you. Daripada break, baik ajak boyfriend tu sekali utk berubah. Masih bercinta,tapi perlu letakkan hijab(pelindung) pada korang berdua. Tak boleh memandang satu sama lain. aurat dijaga (baju labuh dan tidak ketat ,tudung bawah dada,  suara normal) dan JANGAN bersayang-sayang,berindu-rindu dan segala ayat jiwang yang mampu membuat org muntah bubur kacang merah.

Banyak jugak saya dengar cerita orang yang kahwin semasa belajar. Well,they dont seem to have a lot of problem. Saya ada dengar satu cerita ni,waktu di universiti ada seorang pelajar lelaki ni yang hati dia tak tenteram sebab asyik dok pikiaq dengan perempuan yang dia suka. Mana tak tenteram,asyik dok pikiaq benda yang tak halal...So nak dipendekkan cerita,dia pun berkahwin dengan perempuan pilihan dia tu. Hati dia rasa tenteram lepas tu. Nak pandang,peluk,dan buat segala perbuatan romantik yang korang tengok dalam drama korea tu sepuas hati pun tak apa. Dapat pahala lagi tu.. Mereka berdua masing2 beri semangat antara satu sama lain dlm mngejar cita2 depa ni. Lepas tu, mereka berdua antara graduan yang mendapat anugerah Dekan waktu tu. Bak kata Imam Muda Fakhrul masing2 ditetapkan rezeki masing2. Kalau seorang,satu rezeki,kalau berkahwin,dah jadi dua rezeki,kalau tambah dengan anak,jadi tiga rezeki. Haaa,kau.apa lagi,pi lah kahwin. :P

What interested to me much, are the questions that being asked to the panelist:

(1)
Q: Saya ada minat seorang perempuan ni,tapi ada cincin di jari dia,saya rasa frust sikit. Macam mana ya     Ustaz?
A: Awak tanya dulu perempuan tu ataupun kawan baik dia. Perempuan ni pakai cincin ni tak semestinya dia dah berpunya. Perempuan ni memang suka berhias. Kadang2 memang pakai utk suka2. :)

(2)
Q:Apakah ciri-ciri gadis idaman Anwar Hadi?
A: Pertama,yang tak buat video gwiyomi..hehe,lepas tu yang boleh bawa saya bercinta kepada Allah. When I see her eye,I remember Allah..(berhenti sejenak)..Ini semua poyo..haha..(gelak dengan diri sendiri).. :)

OOOOOkeys,
Yang penting,letakkan cinta pada Yang Esa. Bukan saya yang cakap, Allah yang suruh :)
Saya ni pun masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki dan kadang2 tu tersungkur. Yang baik semua datang dari Allah,yang buruk semua datang dari kelemahan saya sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Kalau anda dah bersedia utk mematangkan diri anda,boleh berkahwin.

Assalamualaikum semua. :)

imam muda fakhrul

ini anwar hadi

:) :) :)

Sunday, 17 March 2013

ouh aurat~

assalamualaikum yang comel.

Hari ini, saya nak share something that is important to be shared with you.
This article is mainly about girl, tapi lelaki pun wajib membaca. :)
But before that, i want to make it clear that this article i made exclusively for my love to all of you sister out there, and as a reminder for me too, as Allah's servant who is still imperfect and need a lot of guidance from others..

Sebagai umat Islam, mmg tak payah nak beritahu secara umum atau secara individu. Yang menutup aurat itu, wajib keatas manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi aurat lelaki dgn perempuan itu lain. Because Allah had made woman as a special creature that need to be cared of.Im proud to be woman, dont you? :)

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

The highlighted part is one of the reason why we should cover our aurat.
Okey,let say you are Jessica Alba.#of course tak =='' and a lot of boys want to get to know you, yeah you. Nama pun Jessica Alba, sapa tak nak kenalkan. But why do boys want to know you? #kan tadi pretend jdi Jessica Alba jap. Sebab; Your body,your face,your sultry,red lips,your beautiful hair dan segala mcm  yang dapat meruntuhkan iman kalau describe lagi mendalam...See none of man would say that they want to get to know you because you are a good person that i believe can be the perfect wife for me and a good mother for my children.Kalau ada,sila terima lamaran dia..huhu

Well,technically what i want to say is that, by covering our aurat, kita sebagai wanita rasa terjaga, terlindung, dan darjat tinggi.Man would think many time to hit/flirt/pick on us sebab diaorang tahu yang harga diri kita ini mahal. Hebatnya wanita mukmin ini berbanding wanita biasa di luar sana, apabila lelaki memandang mereka. Jiwa mereka terdidik.lelaki jadi malu dan tenang melihat golongan ini. Eventhough saya tak bertudung labuh,tpi saya pandang tinggi terhadap golongan ini. Some may say,that


'alah, pakai je tudung labuh, tapi kutuk orang jugak'

'ko tahu tak budak yg bertudung labuh ni bukan semua baik.'


Well,they do make mistake, they are also human being like us. 
Adakah diaorang ini tidak boleh melakukan kesilapan.memang tak boleh,tapi manusia mana yang tak pernah lari daripada membuat kesilapan? hanya para anbiya sahaja.
Mereka berpakaian sebegini bukan kerana mereka ini baik,tapi kerana mereka ingin menjadi yang lebih baik.
Kalau nak dibandingkan dgn kita,apakah usaha yg kita lakukan hari ini untuk menjadi lebih baik di mata Allah?
And if they do make mistake,correct them,not judge.Kita tak ada hak untuk menghukum seseorang. Boleh jadi,dia melakukan kesilapan tersebut kerana terpaksa. Dan mungkin saat kita menceritakan keburukan mengenainya,dia sudah bertaubat,dan Allah terima taubatnya. Itu sudah menjadi satu dosa besar bagi kita.
Kita patut bersyukur adanya golongan yang seperti ini yang mendaulatkan Islam di bumi ini.Golongan macam inilah, hati orang kafir tertarik utk mendekati Islam.

I have friend that wear long hijab and none of them had done bad things to me. In fact i feel glad to be friend with them because at the time I feel lost, they are the person that will remind me of Allah. 


Okey,back to our point.menutup aurat ini bukan dari fizikal sahaja tapi dari sudut pandangan dan hati.

Mcm mna nak menutup aurat dari segi mata dan hati?
Yes,it can. By lowering our gaze and keep our heart pure and sincere.
Bagi saya,sebelum nak menutup aurat secara fizikal,kenalah menutup aurat dari segi pandangan dan hati. Sebab hati adalah peneraju manusia dan mata membina perasaan manusia. kalau hati dan pandangan jadi liar, memang payah nak menutup aurat.


Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.
____________________
 MOHON BACA.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)


-'hmm,panjangnye,malas nak baca.'-


Tapi,sejauh manakah ayat itu mengetuk pintu hati kita. Selagi tak terkesan,selagi itulah kita harus terus membaca biar terkesan sikit kat hati kita.


And lastly,just a small reminder for akak2 dan adik2 dan buat diri ini yg masih merangkak mencari ilmu,

just a simple request,you do look beautiful wearing hijab,but it will be wonderful if you cover your chest area. Saya tak nak beritahu kenapa wajib kita melabuhkan tudung ke bahagian dada sebab, sebagai perempuan kita sendiri tahu kenapa. Benda ini sebenarnya sensitive utk dicakap dan lagi sensitive utk dibiarkan menjadi tatapan buat lelaki yang tidak halal memandangnya.
Lagipun saya tengok,sekarang ini dah ada bermacam2 stail tudung gaya labuh yang sangat comel2 gitu. dah mcm trend pulak.


comel gitu.


kan manis bila bertutup


nice :)


senang nak bergerak.


why cant you? :)


and always pray to Allah to make us a good muslimah everyday..janganlah kita tergolong dalam wanita yang menjadi fitnah dunia..ameen sama2 yang comel :)
wassalam :)

Tuesday, 26 February 2013

celebrating the power of muslimah


It [hijab] is an outward symbol of an inward spiritual reality and aspiration. It is not a political flag for the Islamic state, it is not a sign of women’s subjugation to men, it is not a litmus test for religiosity, and it is not a measure of a woman’s piety, family background, or sign of her upbringing -Suhaib Webb-



16-Year-Old Egyptian Scientist Finds Way to Turn Plastic Waste Into $78 Million of Biofuel

Azza proposes to break down the plastic polymers found in drinks bottles and general waste and turn them into biofuel feedstock. (This is the bulk raw material that generally used for producing biofuel.) It should be noted that this is not a particularly new idea, but what makes Azza stand out from the crowd is the catalyst that she is proposing. She says that she has found a high-yield catalyst called aluminosilicate, that will break down plastic waste and also produce gaseous products like methane, propane and ethane, which can then be converted into ethanol.


_______________________________________________________________________________



Linda Sarsour is a working woman, community activist, and mother of three. Ambitious, outspoken and independent, Linda shatters stereotypes of Muslim women while also treasuring her religious and ethnic heritage. She is a Palestinian Muslim American and a self-proclaimed New Yorker, born and raised in Brooklyn. Currently she is the Advocacy and Civic Engagement Coordinator for the National Network for Arab American Communities and ACCESS and locally serving as the Director of the Arab American Association of New York.

_______________________________________________________________________________





Farheen Khan is a Resource and Community Development Consultant, Writer and Social activist. Currently working as the Operations Manager at the Sexual Assault/ Rape Crisis Centre of Peel, she is an advocate for Women’s rights and violence against women, specifically for survivors of sexual violence.

Farheen is also the author of a book titled “From Behind the Veil: A Hijabi’s Journey to Happiness” and she speaks about her experience as a Muslim woman experiencing gendered Islamophobia post 9/11.


___________________________________________________________________



Sis. Myriam Francois-Cerrah (UK) is a PhD student at Oxford, spokesperson on Islamic issues in UK.

She was born in London of French and Irish heritage. She completed her BA in Social and Political Sciences at Cambridge University in 2003, after which she worked for a year for MEND, a Palestinian NGO in Jerusalem, where she received training in Active Non-violence and Conflict Resolution techniques. In August 2005, she travelled to Washington DC to pursue an MA in Arab Studies, specialising in Middle East politics, on a CCAS scholarship, at Georgetown University. There, she collaborated on the production of a documentary (Arabs and Terrorism, Bassam Haddad) and published current affairs articles. Former Assistant Editor at emel magazine, she continues to contribute to the magazine. In May 2010, Myriam co-organised and hosted the Rethinking Islamic Reform conference at Oxford University.

____________________________________________________________________________________




Mother and wife, Ameena Matthews has dedicated her life and career as a Community Activist for Peace Building and Social Change. In 2006, Ameena Matthews joined Ceasefire, an award winning scientific public health model that has been proven to reduce shootings and killings. In this capacity, for the past six years, she has used her experience and knowledge in her neighborhoods, to seek out and build relationships with troubled youths who are susceptible to the social norms of violence that still exist on the streets. 
In 2009, Ameena became the subject of a National and International award winning documentary ‘The Interrupters’ produced by Steve James, co-produced Alex Kotlowitz, & Zak Piper.


____________________________________________________________________________________



Yvonne Ridley is a British journalist, war correspondent and Respect Party activist best known for her capture by the Taliban and subsequent conversion to Islam after release, her outspoken opposition to Zionism, and her criticism of Western media portrayals of the War on Terror. Ridley currently works for Press TV, the Iranian-funded English language news channel. Her vocal support for causes involving Palestine, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Chechnya, Xinjiang and Uzbekistan have made her a popular speaker in anti-war circles.

wassalam. :)

Monday, 25 February 2013

psikologi hari ini

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Hikmahnya, kita dapat sentiasa bersangka baik.. 

Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai
jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.


4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.


6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.
**Bukan 100% betul, tetapi ada benarnya.

Friday, 22 February 2013

kura-kura vs kucing

                                                         Assalamuaikum

Dah lama tak post kan~
sebab sekarang baru ada idea sikit nak cakap..
oklah cuti dah habis,study dah start..semoga berjaya buat kawan2 semua *mode baik tiba2*

as you all know, my friend,atina ada bela 2 ekor kura2
which name miko and tito,and i cant seriously differentiate between these two..

miko dan tito ni hmm,err,aaah *ssahnya nak mengaku* , comel ==''..
dan tina selalu mengingatkan ktaorg  how adorable 'anak2' dia, like all the time..
even  siap tunjuk gambar 'anak2' dia main,tidur,rehat,marah,gaduh...
but the weird thing is that, how come someone can tell sama ada kura2 tu tgh marah atau gembira?



seriously?it looks the same for me.=='

biasalah naluri ibu mestilah tahukan sama ada 'anak' dia tengah marah atau gembira..kan atina?

tapi for my case, i prefer to pet furry animal.sebab
boleh belai.
boleh peluk.
boleh cium.
boleh bermanja.
and the most important part is that, boleh tahu sama ada dia tgh marah, gembira atau lapar..

and that is why i love my Carrol,kucing sayalah.. sya namakan Carrol sempena nama one of my favourite football player, Andy Carrol ^^
taknaklah namakan dia Messi,Ronaldo ataupun Beckham.. so cliche

Carrol is so darn cute, dia suka belai-belai dekat kaki orang dan tak suka cari gaduh dgn kucing lain..
im just proud owner of him..haha *mcm apa je*
tapi kesian sebillion kali kesian sbb tak boleh jaga Carrol dekat USM like what Atina being doing to Miko and Tito. Kucing2 kat USM tak comel2 mcm Carrol.. :(

by the way, it depends on people whether to pet kura2 atau kucing. but i still love kucing. :)

inilah miko ke tito..eh entahlaa

my cute Carrol ,mcm tuan dia tak? *ayt minta penampar*
Bagi siapa2 yg bela binatang di luar sana, keep up the good work..sayangilah haiwan sebagaimana anda menyayangi diri anda.wassalam.