A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Sunday, 2 September 2018

[FIRST DAY] Cambodia Trip Phnom Penh + Siem Reap .


Hai dan Assalamulaikum.

Harini Dayang nak share trip ke Cambodia / Kemboja selama 5 Hari 4 malam. Maaflah dah sebulan baru nak update dekat blog, I've been verrrrrry busy this few weeks.

Bagi sesiapa yang nak tahu full itinerary dan juga kos trip boleh refer pada post Dayang sebelum ni :

TRIP + BAJET + TIPS KE CAMBODIA ( PHNOM PENH DAN SIEM REAP)


Ok! Lets get started!

Our first flight to Phnom Penh was scheduled to depart on 10am. So around 5am , Dayang dah terpacak bangun nak siap pergi KLIA 1. Semangat tau.

Can't wait!

Trip ke Cambodia kali ni ,kami menaiki Malindo Airlines ,sebab dapat harga promosi return tiket for RM198 (Hoyeahhh). So actually, trip ke Cambodia ni memang tak plan langsung. Tengok harga murah, terus decide nak book tiket time tu jugak haaa.

Another thing,kalau naik Malindo Airlines, tak perlu nak bayar luggage plus dapat free makanan lagi! And ada screen tv lagi,taklah melangut dalam flight. Disclaimer :Ini bukan paid review,ini luahan ikhlas dari hati nurani Dayang. 


I tell you. Their airport is in the middle of the city, hence the view. 

Once dah sampai aiport , bolehlah beli simcard terus. Keluar dari building airport , berlambak kedai jual simcard. I tell you, harga pakej internet dia sangat berpatutan okey.


I buy this package.

Dah habis beli simcard dan solat dekat airport, Tuk Tuk kami , Mok  pun datang ambil kami bawa jalan2 around Phnom Penh .

Disebabkan kam dah breakfast KFC dekat aiport dan makan dalam flight, so kami tak lunch. Jimat masa nak travel kan . :) 


Happy faces, first time naik Tuk Tuk.

Government Building. 

Our first stop : Tuol Sleng Prison Museum.

Tempat ni adalah one of the most recommended places to visit in PP dalam website Trip Advisor.First sebab, tempat ni adalah tempat asal kekejaman sewaktu pemerintahan Khmer Rouge . Ramai pelancong (western people especially) yang melawat tempat ni.

Ada Audio Tour untuk explain pasal sejarah dan tempat ni.

Malam-malam mesti berhantu hehehe.

Sebenarnya dalam kawasan ni tak dibenarkan untuk bergambar,so ni je yang mampu.





Kami habis masa agak lama jugaklah di sini sebab  dengar audio tour sampai habis. Some people may find this place is a bit boring, but some may find to be very historic and emotional. Depends on your preference. 

Next Stop : Royal Palace.

Okey , I would say this is my most favourite place in Phnom Penh. Daripada architecture , history  and the scenery memang superb. Almost semua tempat dan barang is made of gold.  Now it makes sense why I love this place, hahaha. 

See I told you, gold is everywhere here.








Lepas dah habis tour around Royal Palace, kami ambil angin sepoi -  sepoi bahasa di Padang luar kawasan istana. 

Pekena Air kelapa satu. Harga USD1 untuk satu biji. 

Lepas dah habis siar-siar , Tuk Tuk Mok bawa kami jalan jalan sekitar Phnom Penh sambil bercerita sedikit sebanyak tentang sejarah dan tempat . Selepas dah habis siar-siar, kami singgah di restoran Halal untuk dinner walaupun baru jam 7 malam.

Here it is. Dah jom makan!


Ni Bubur Ikan. Sedap jugak. 

Hat yang ni nama dia Nasi Loklak. Sedap betul, memang highly recommended. 

Lepas dah kenyangkan perut, kita tunaikan solat di masjid. Di Phnom Penh, masjid utama adalah Masjid Serkal. Seni bina Masjid ni memang cantik, luas dan selesa. Sama macam Malaysia, eh.  :P


Bergambar satu dulu


Bersama Tuk Tuk Mok. Muka pun dah layu dari 5am sampai petang tak rehat. 

Lepas dah selesai solat dan bersihkan diri, Tuk Tuk Mok bawa kami berjalan-jalan sekitar Phnom Penh . Bagus Tuk Tuk ni, bukan bonceng je, tapi jadi tour guide tak berbayar sekali.

Next Stop : Wat Phrom

Front staircase

Actually , tak ada perkara yang menarik sangat pun di Wat Phrom dan boleh skip tempat ni kalau nak, tiada paksaan. Tuk Tuk Mok yang bawa kami pergi ke sini , kami pun okey jelah. Takpelah nasib baik admission USD1 sahaja.  Hehe. 

Selesai dari Wat Phrom, kami bergerak pergi ke Giant Ibis Station untuk menunggu bas malam ke Siem Reap. Waktu tu masih pukul 8 mlm sedangkan bas akan bertolak jam 11.30 mlm.

Kami pun drop luggage di Giant Ibis Station dan bersiar-siar di Night Market. Night Market ni memang betul- betul berhadapan dengan bas station . So senanglah nak buang masa sekejap kan sementara nak menunggu jam 11.30 mlm.

Lepas dah siar-siar di night market, dalam jam 9 mlm kami pun rehat dalam Bas station. Jangan risau okey, sebab ada wifi free dan ada aircond. Lagipun pakej internet pun banyak lagi , takdehal nak share dengan orang lain.

Nilah Giant Ibis Station

Tahap keselesaan Bas Giant Ibis ni Dayang boleh bagi 4 dari 5 bintang . Yang ni untuk keselesaan bas cukup bagus , at least boleh baring dan tidur. Siap ada charger lagi. Dah jimat duit poket , tak payah nak kena tempah hotel untuk semalaman.

Kalau nak beli tiket dekat Giant ibis boleh pergi dekat laman website dia ye. Pergi google sendiri ye, jangan malas. ;)

Okeylah itu sahaja untuk hari yang pertama, untuk hari yang kedua insyaAllah akan menyusul.

TRIP + BAJET + TIPS KE CAMBODIA ( PHNOM PENH DAN SIEM REAP)

Assalamualaikum dan Hi semua. ðŸ¤—
Harini nak share trip ,bajet dan tips to Cambodia ( cover Phnom Penh and Siem Reap) . 
Total hangus untuk keseluruhan trip ialah RM900 seorang, untuk 5 hari 4 malam, sesuai untuk trip kawan2 atau pasangan (dengan famili kurang sesuai) . Harga tiket flight adalah harga promosi dari Malindo ( Return : RM198) , so dah jadi member ,rajin2lah check email untuk dapatkan harga promosi okey!



Lets get started!


👩‍💻Since saya agak ralat nak menulis panjang dalam ni, jadi saya dah attach itinerary ( tempat + cost + nota tambahan) dalam bentuk gambar untuk senang dibaca dan refer.




PLEASE CLICK THE IMAGE TO GET LARGER VIEW
PLEASE CLICK THE IMAGE TO GET LARGER VIEW


👩‍💻 Disebabkan Malindo hanya ada trip ke Phnom Penh, jadi kami menaiki Night Bus Sleeper untuk ke/balik Siem Reap. Dari PP ke SR, kami menaiki Bas Giant Ibis (ada katil ,bantal dan charger ) . Dari SR ke PP, kami menaiki Bas Mekong Ekspress ( Katil bas dalam bentuk kerusi yg panjang, tak sesuai untuk org yang saiz besar atau tinggi 180cm++) .
👩‍💻Makanan halal mudah untuk dicari . Tuk Tuk kami yg akan bawa ke restoran Halal setiap kali makan. Di PP, kami guna khidmat Tuk Tuk Mok (English Speaking) . Di SR, kami guna khidmat , Tuk Tuk Zaky ( Malay Speaking ) . Boleh refer itinerary untuk dapatkan nombor phone/ price.
👩‍💻Untuk souvenir, kami beli berdekatan temple di SR. Lebih murah berbanding di Market dan boleh bargain, tapi dah bargain tu , jangan tak beli. Hehe.
👩‍💻Matawang yg dipakai adalah USD and Riel , tapi mostly citizen di sana guna USD.
👩‍💻Di Cambodia, ada banyak Tuk Tuk dan travel agents yg akan approach , pickpockets, jadi hati2 sewaktu di sana and banyakkan membaca dan buat research. Tempah hotel, tiket bas siap2 sebelum fly untuk elakkan penipuan atau tiket habis. Digalakkan ambil personal Tuk Tuk (lebih murah dan senang untuk bergerak). Cambodia selamat untuk travel bagi perempuan

👩‍💻Kalau nak beli tiket Angkor Wat, dinasihatkan untuk beli selepas 5ptg (sehari sebelum ) atau 5am untuk elak queue pjg especially rombongan pelancong dari China. Sewaktu di Angkor Wat, prepare light food ( sandwich ,pisang etc ) dan bawa air mineral, pakai sunblock dan bawa portable fan. Ini untuk elak hidrasi dan panas matahari.

Hopefully sharing ini sedikit sebanyak membantu bagi sesiapa yg akan travel ke Cambodia. ðŸ˜‰

NEXT POST :  [FIRST DAY] Cambodia Trip Phnom Penh + Siem Reap . 

Wednesday, 7 March 2018

Hiking Bukit Batu Putih

Assalamualaikum everyone.

It seems like forever since I last update my blog kan kan. Since tiba2 semangat rajin datang secara tiba2 meh I nak cerita my experience hiking Bukit Batu Putih dekat Port Dickson. Let's start!


Kalau nak ke Bukit Batu Putih (BBP) senang je. Korang waze je Blue Lagoon dekat Tanjung Tuan, nak dekat lah tu dengan main entrance dia. Before nak sampai Blue Lagoon tu korang akan lalu Markas Tentera Darat. Boleh intai2 kereta kebal on the way.



So here it is the main entrance for Bukit Batu Putih.

Credit picture to bloger yg aku cilok dari mana entah huhu. maaf!

So nak masuk sini kena bayar RM1 eh bukan free2 tau. And paling lewat kena sampai before 6pm. Kalau datang lebih dari 6pm tu baik balik rumah, pasal dia tak bagi naik.

So basically why I like the best  hiking dekat sini sebab trek dia senang, view cantik, and and and tak tinggi mana pun. Sesuai untuk family tak kisah budak kecik untuk panjat, just kena careful dengan batu-batu on top of the hill of course.

As you all can see, jalan dia straight je and luas bakhang ,tak de simpang bagai ,so tak ada alasan kalau kata sesat sebab wa gerenti lu takkan sesat. Gitew.

Jangan tiru brader ni, dia ingat bukit ni bukit mcm dekat taman permainan ,tu yg pakai jeans atas bawah.



Dari start entrance sampai ke puncak bukit ambil masa lebih kurang 30 minit. Kalau lari ,mungkin akan sampai 15 minit camtu. Jangan main2 tau,ada yang jogging kat sini.

And of course, mana2 bukit pun mesti korang kena lalui batu besar before sampai puncak bukit. Tapi part nilah yang paling best sebenarnya kan kan. :)

This is what I'm saying.


Alhamdulillah dah sampai pucak .Yeay !


Ambil udara segar
But first, betulkan tudung dulu.


Group photo tapi tudung pulak buat hal.

Okey ni proper sikit

Malas nak ikut posing sama kah!


Extra Photos ..








Below is pictures from my second hike with my bestfriend, Athirah. :)







Lepas dah habis hiking, bolehlah singgah mandi dekat pantai Telok Kemang atau bergambar dekat Pantai Cahaya Negeri.



Pantai Cahaya Negeri 

Kaedahnya kami berbaju kurung sebab baru balik dari kenduri kahwin ,then singgah sekejap dekat Pantai Cahaya Negeri. Dah puas bergambar dekat sini,kami tukar baju siap2 pergi hiking Bukit Batu Putih. Letih tapi best!




Oh by the way, Asam Pedas dekat Telok Kemang sedap giler weh, jangan lupa singgah.
Femes tau. :)

Thanks for reading.