A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Sunday 2 September 2018

TRIP + BAJET + TIPS KE CAMBODIA ( PHNOM PENH DAN SIEM REAP)

Assalamualaikum dan Hi semua. 🤗
Harini nak share trip ,bajet dan tips to Cambodia ( cover Phnom Penh and Siem Reap) . 
Total hangus untuk keseluruhan trip ialah RM900 seorang, untuk 5 hari 4 malam, sesuai untuk trip kawan2 atau pasangan (dengan famili kurang sesuai) . Harga tiket flight adalah harga promosi dari Malindo ( Return : RM198) , so dah jadi member ,rajin2lah check email untuk dapatkan harga promosi okey!



Lets get started!


👩‍💻Since saya agak ralat nak menulis panjang dalam ni, jadi saya dah attach itinerary ( tempat + cost + nota tambahan) dalam bentuk gambar untuk senang dibaca dan refer.




PLEASE CLICK THE IMAGE TO GET LARGER VIEW
PLEASE CLICK THE IMAGE TO GET LARGER VIEW


👩‍💻 Disebabkan Malindo hanya ada trip ke Phnom Penh, jadi kami menaiki Night Bus Sleeper untuk ke/balik Siem Reap. Dari PP ke SR, kami menaiki Bas Giant Ibis (ada katil ,bantal dan charger ) . Dari SR ke PP, kami menaiki Bas Mekong Ekspress ( Katil bas dalam bentuk kerusi yg panjang, tak sesuai untuk org yang saiz besar atau tinggi 180cm++) .
👩‍💻Makanan halal mudah untuk dicari . Tuk Tuk kami yg akan bawa ke restoran Halal setiap kali makan. Di PP, kami guna khidmat Tuk Tuk Mok (English Speaking) . Di SR, kami guna khidmat , Tuk Tuk Zaky ( Malay Speaking ) . Boleh refer itinerary untuk dapatkan nombor phone/ price.
👩‍💻Untuk souvenir, kami beli berdekatan temple di SR. Lebih murah berbanding di Market dan boleh bargain, tapi dah bargain tu , jangan tak beli. Hehe.
👩‍💻Matawang yg dipakai adalah USD and Riel , tapi mostly citizen di sana guna USD.
👩‍💻Di Cambodia, ada banyak Tuk Tuk dan travel agents yg akan approach , pickpockets, jadi hati2 sewaktu di sana and banyakkan membaca dan buat research. Tempah hotel, tiket bas siap2 sebelum fly untuk elakkan penipuan atau tiket habis. Digalakkan ambil personal Tuk Tuk (lebih murah dan senang untuk bergerak). Cambodia selamat untuk travel bagi perempuan

👩‍💻Kalau nak beli tiket Angkor Wat, dinasihatkan untuk beli selepas 5ptg (sehari sebelum ) atau 5am untuk elak queue pjg especially rombongan pelancong dari China. Sewaktu di Angkor Wat, prepare light food ( sandwich ,pisang etc ) dan bawa air mineral, pakai sunblock dan bawa portable fan. Ini untuk elak hidrasi dan panas matahari.

Hopefully sharing ini sedikit sebanyak membantu bagi sesiapa yg akan travel ke Cambodia. 😉

NEXT POST :  [FIRST DAY] Cambodia Trip Phnom Penh + Siem Reap . 

3 comments:

  1. Nice info.... im going to cambodia siem reap ho chin minh from kualalumpur today

    ReplyDelete
  2. nak tanya..rm1.00 persamaan berapa usd ye?

    ReplyDelete
  3. Salam pelancongan semuanya,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Phnom Penh.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Phnom Penh Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete