A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Thursday 25 April 2013

Bawaku Terbang: Antara Cinta dan Cita.

Assalammualaikum semua..greetings :)

Jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaadi,
semalam (24/4/2013) ,saya serta sekumpulan kawan sya telah bersama-sma menghadiri ke majlis ilmu yang telah dianjurkan oleh Kelab Penyayang USM . #okey,kenapa ayat aku skema sangat.

Okey,one of the reason is that because of Anwar Hadi, (walhal baru sekali je tengok video die) dan well, tajuk majlis ilmu pun mcm interesting je ; "Malam Amal Satu Hati,Sejuta Harapan; Bawaku Terbang, Antara Cinta dan Cita..jeng jeng.

haaa,nilah poster dia :)


Haaa,dahla saya ni selalu dok confuse mana satu nak dikejar,sama ada cinta atau cita? Tanpa cinta,cita tak akan subur dan tanpa cita,cinta tak ada arahnya. kan~

Well,i must admit that i've waited quite a long time for the arrival of the guest. haha. dan lepas tu bila dah jumpa tu,adrenaline dalam badan tu tinggi je tiba2. Biaselah tu, jumpa orang femes.

Well,I do like to make a note on every talk that I attend. Yelah, kalau tak ditulis,mcm rugi je datang majlis ilmu ni. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Sekejap je kesedaran yang timbul.

BYTHEWAY. Saya sebenarnya nak kupas tajuk forum hari ni. Well the words are not mine, just sampaikan sahaja. Dalam mengejar cinta dan cita,which one is the first? Ramai jugak orang tersangkut dekat sini. Dalam belajar,sedang bercinta jugak.

Imam Muda Fakhrul (he is totally funny)  said that Cinta nombor satu,tapi cita bukan nombor dua. Dan cita nombor satu,tapi cinta bukan nombor dua..haa kan.mana satu yang betul ni ==?
Sebenarnya cinta boleh diselaraskan dgn cita. Tanpa cinta,tak hiduplah cita bro. Dan tanpa cita,ke manakah arah kita bercinta?

Well, I really dont like this type of answer,when I asked my friend;

me: Apsal ko bercinta dgn dia? (muka curious)
she: Hmm..(setelah berfikir 5 saat),aku pun tak tahu....

me:WHAT!

Lepas dah tenang balik,I seriously tak nak tanya dah. Gegerl,u just wasting your time loving someone without  having future with them.

and there is one more type of question that i hate the most..

me: Nanti korang kahwin, jangan lupa jemput aku.
she: HAHAHa(gelak evil gila)..aku rasa kitaorg takkan last. Aku jangkakan lagi 100 hari,kitaorang akan
     break.

me: What the neraka!

Gegerl,kalau u dah jangka korang takkan last,then why couple at the first place. Aishh mcm nak bagi penampar pun ada =='' ..
Bercinta biar bermatlamat. Baru cita dan cinta bersatu.

And from the love story of Imam Muda Fakhrul, I thought that bercinta mengikut syariat Islam is lovely.
SOoooo lovely. Bila kita bercinta mengikut Islam, Allah will make our love journey easier. Some of my friend ada yang bercouple,tapi hati tak tenteram. Mereka tahu apa yang mereka buat tu tak elok. Dating, chating, calling. But remember that Allah Maha Pengampun. Hidayah Allah itu ada di mana2 sahaja, cuma kita sendiri sahaja yang perlu celikkan hati,bukakan minda. Bercinta tak salah kalau mengikut caranya. Tak semestinya you dah berubah,maka you pun  kena break dengan boyfiend you. Daripada break, baik ajak boyfriend tu sekali utk berubah. Masih bercinta,tapi perlu letakkan hijab(pelindung) pada korang berdua. Tak boleh memandang satu sama lain. aurat dijaga (baju labuh dan tidak ketat ,tudung bawah dada,  suara normal) dan JANGAN bersayang-sayang,berindu-rindu dan segala ayat jiwang yang mampu membuat org muntah bubur kacang merah.

Banyak jugak saya dengar cerita orang yang kahwin semasa belajar. Well,they dont seem to have a lot of problem. Saya ada dengar satu cerita ni,waktu di universiti ada seorang pelajar lelaki ni yang hati dia tak tenteram sebab asyik dok pikiaq dengan perempuan yang dia suka. Mana tak tenteram,asyik dok pikiaq benda yang tak halal...So nak dipendekkan cerita,dia pun berkahwin dengan perempuan pilihan dia tu. Hati dia rasa tenteram lepas tu. Nak pandang,peluk,dan buat segala perbuatan romantik yang korang tengok dalam drama korea tu sepuas hati pun tak apa. Dapat pahala lagi tu.. Mereka berdua masing2 beri semangat antara satu sama lain dlm mngejar cita2 depa ni. Lepas tu, mereka berdua antara graduan yang mendapat anugerah Dekan waktu tu. Bak kata Imam Muda Fakhrul masing2 ditetapkan rezeki masing2. Kalau seorang,satu rezeki,kalau berkahwin,dah jadi dua rezeki,kalau tambah dengan anak,jadi tiga rezeki. Haaa,kau.apa lagi,pi lah kahwin. :P

What interested to me much, are the questions that being asked to the panelist:

(1)
Q: Saya ada minat seorang perempuan ni,tapi ada cincin di jari dia,saya rasa frust sikit. Macam mana ya     Ustaz?
A: Awak tanya dulu perempuan tu ataupun kawan baik dia. Perempuan ni pakai cincin ni tak semestinya dia dah berpunya. Perempuan ni memang suka berhias. Kadang2 memang pakai utk suka2. :)

(2)
Q:Apakah ciri-ciri gadis idaman Anwar Hadi?
A: Pertama,yang tak buat video gwiyomi..hehe,lepas tu yang boleh bawa saya bercinta kepada Allah. When I see her eye,I remember Allah..(berhenti sejenak)..Ini semua poyo..haha..(gelak dengan diri sendiri).. :)

OOOOOkeys,
Yang penting,letakkan cinta pada Yang Esa. Bukan saya yang cakap, Allah yang suruh :)
Saya ni pun masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki dan kadang2 tu tersungkur. Yang baik semua datang dari Allah,yang buruk semua datang dari kelemahan saya sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Kalau anda dah bersedia utk mematangkan diri anda,boleh berkahwin.

Assalamualaikum semua. :)

imam muda fakhrul

ini anwar hadi

:) :) :)