A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Monday 29 February 2016

Trip to Kundasang : Part 2


Hmm sorry sebab lambat update, ada yg tanya mana second part, haa nilah nak buat, Hee maaf.

K here we go.


  • Dari Kundasang War Memorial, we decide to go to Luanti Fish Spa which is situated in Ranau. Jauh jugaklah dari Kundasang. 

  • Sebelum ke Ranau, we decide to stop by at Pine Resort. Baca dalam blog orang, resort ni beri view pekan Kundsasang yang cantik. Harga menginap kat situ pun cantik jugaklah. 

Fefeeling luar negara.

Ni lah Pine Resort!
Dalam Pine Resort ada Rabbit House, which pengunjung macam
 kita boleh beri makanan pada arnab2 yg comel  gebu ni.

  • Dah santai2 dekat Pine Resort, we went straight to pekan Ranau. Cuaca di Ranau dah tak sejuk macam Kundasang. Dah boleh bukak sweater semua yea. 
  • Jalan ke pekan Ranau straight je. Ranau lebih maju berbanding Kundasang. Ada The Store,mini market semua.
  • Rupanya, ladang Teh Sabah bersebelahan dengan Luanti Fish Spa tu. So bila dah nampak signboard 'Teh Sabah' tu means dah sampai lah Luanti Fish Spa.
Sinilah Luanti Fish Spa.
  • Entrance tiket, Rm5 seorang yea. Otw nk ke sungai tu, ada jual mcm2 kuih muih. Bolehlah beli buat lapik perut.
  • Sebenarnya ada charge dikenakan kalau nak bergambar di sini. Tak silap RM3 satu grup. Tapi kami ambil senyap2 je. Sini pun ada jual pellet ikan dgn harga 20/40 sen (xigt) utk satu peket.
Ada dua saiz ikan. Satu yang besar mcm ikan keli, lagi satu besar macam ikan emas.
  • For me, hmm Fish Spa sini biasa saje sebab ikan2 di sini sebenarnya tak gigit pun. Diaorg just nak makanan dari kita. Dayang bagi 3 bintang. 
Lepas dah main2 dengan ikan ,bolehlah panjat titi di sini. 



  • Dari pekan Ranau, kami decide untuk pergi ke Kinabalu Park pulak. Dekat sinilah tempat starting point untuk hiking. Entrance ke Kinabalu Park is RM3 sorang.
Tapi sayangnya kami sampai petang, kabus tebal naik. Tak nampak langsung kelibat Gunung Kinabalu.
Sepatutnya ada kelibat Gunung Kinabalu yg cantik hmm tapi kabus tebal tutup.
Me so sad. ;(

  • Dah habis ronda2 around Kinabalu Park, kami pun balik. Dah 5 petang Cik Kiah oi.Hari pun dah gelap. 
  • Esok hari tu actually our last day kat Kundasang. We decide to get out early sebab nak tengok Gunung Kinabalu again! :)


  • Actually dalam perjalanan nak balik tu, boleh je singgah tepi jalan ambil gambar dgn gunung. Tapi kena keluar awal tau.
I'm gonna miss Kundasang. :)
That's all for today. Assalamualaikum. :)