A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Sunday 21 May 2017

DAY 3 SEOUL - NAMI ISLAND , EWHA WOMAN UNIVERSITY

Assalamualaikum semua.. ;)

last post : DAY 2 SEOUL - ITAEWON MOSQUE , NAMSAN TOWER

(untuk direction,click on this link , I dah include complete direction in my itinerary )


Untuk hari ketiga , kami pergi ke Nami Island dan Ewha Woman University. Yeay!! As you all know nak Nami Island dari Seoul ada 3 cara. Sama ada melalui bas express , kereta ataupun metro. 

Kami pergi ke Nami Island menggunakan Metro since itu yg paling murah. Backpackers lah katakan . Hehe. 
Jarak perjalanan dari Seoul ke Nami dalam 2 jam++ . Kalau nak ke Nami Island saya nasihatkan korang semua untuk keluar awal pagi tau. Sebab Nami Island akan penuh bila waktu tengahari, nanti kesian korang kena beratur panjang nak naik ferry.

Dari Ittaewon ke Nami Island boleh refer pada itenerary saya okey!


But first, let me take a wefie

Kami bertolak ke Nami Island Jam 7.30 am pagi tau semata-mata xnak beratur panjang punya pasal. Sepanjang dalam metro memang saya tidur. Ngantuk sangat tau kena bangun awal pagi.

Rakyat Korea ni sejenis anti social.Masuk dalam tren semua pandang phone. Kita pun dah terikut sekali.


Nak ke Nami Island kena turun di Gapyeong Station okey.

Okey kalau korang nak ke Nami Island + Petite France boleh naik Gapyeong Bas Tour (Tiket :5000 W ) . Bas ni akan lalu Nami Island dan juga Petite France and other places. If korang naik Gapyeong Bas Tour , balik nanti korang boleh turun Cheongpyeong Station sebab lebih dekat.

Kitaorg pergi Nami Island je, so better naik teksi sebab lagi murah. Harga pergi balik (3800W + 3000W) = 6800W. Boleh bahagi tambang dengan kawan, haa tak ke murah gitu.

Masa otw ke Nami Island tu, tiba-tiba radio pasang lagu IU-Good Day, Aku pun nyanyilah dah lagu feveret iolls kan. Pak Cik teksi tu tekerjut tengok aku nyanyi. Dia cakap kat aku 'yepeo' means cantik dalam bahasa Korea. Aku ingatkan dia cakap yepeo kat aku rupanya dia ckp kat IU. Ceh, its sokay lah Pak Cik. 

Ahujmma and ahjushi dekat Korea peramah (tapi ada yang jenis bising-bising jugak). Diaorg ni selalu nak tolong kitaorang tapi sebab tak pandai Bahasa Inggeris , kitaorang pun tak berapa nak faham apa yg diaorg cakap.
Kalau korang cakap simple Korea, diaorg akan start berbual dengan korang dalam Bahasa Korea. Banyak kali kena dekat aku. Bila aku greet 'Annyeonghaseyo' dekat sorang Ahjushi dekat Metro , terus dia sembang Korea dengan aku. Punyalah aku gelabah explain kat Pak Cik tu 'Korea no, English yes' .Kekekeke.

Okey sambung balik cerita tadi,bila dah sampai Nami Island entry, ada dua cara nak ke Nami Island. Haa jangan ingat dah sampai okey. Sama ada korang boleh naik ferry ataupun flying fox (Zip Wire). Disebabkan kita ni rakyat marhaen je , naik ferry jelah okey. Jangan mengada nak naik Zip Wire unless kalau korang ada duit lebih,

Bertuah kitaorg dapat jumpa Cherry Bloossom dekat sini eventhough dah habis season




Entry and Ferry fees to Nami Island is 8000W

Usha siapa entah tu..

Dah sampai Nami!

Berpiknik dulu dietamani pokok-pokok daun merah gitu.

Kat Malaysia tak dapat view macam ni,so ambillah gambar sepuas hati. Muahaha


Balloon light along the way

Kat sini pun ada Snow Man Melayu

Keluasan Pulau Nami memang besar. Sekeliling Nami ada macam-macam tarikan. Iolls suggest korang sewa basikal round-round sekeliling Nami Island. Kami sewa untuk 30 minit (4000won) . Berbaloi sebab boleh pergi jauh sampai hujung pulau, tak delah rasa penat jalan kaki.

30 minit untuk 4000W, 1 jam untuk 7000W

Basikal dia pun best sebab smooth je bila cycle





Happy sangat tu dapat jumpa hero heroin Winter Sonata


Flowers everywhere 

Seronoknya di Nami Island ni Muslim friendly compare to other places. Nak dapatkan makanan halal dan solat pun senang sbb memang disediakan.

Surau Nami Island lerletak dekat dengan Restoran Asia dan Nami Island Public Library. Surau di Nami Island pun cantik. Macam-macam dekorasi yg ada,








Selepas ke Nami Island kalau korang nk ke Petite France bolehlah tunngu Gapyeong Bas. Perjalanan dari Nami ke Petit lebih kurang 30 minit.

Nami Island -> Ewha Woman University

Dari Nami Island kami pergi ke Ewha Woman University. Haaa ramai tanya apsal kena pergi sini? Apa yang best sangat university ni kan..

Sebenarnya Ewha Woman Univsersity ni antara universiti yang paling cantik di Korea. Universiti ni actually start jadi tourist attraction bila Running Man datang untuk shooting di sini. Universiti ni memang dibuka secara umum, sapa-sapa pun boleh masuk.

Di Ewha Woman University akan ada tourist guide tak berbayar pakai baju merah. If korang ada inquiries ke atau nak tanya direction boleh tanya dekat diaorang. okey . ;)

Ni lah tourist guide iolls cakapkan tu
Dari Ewha Woman University Station nak ke universiti senang saje. Jalan straight je dari Metro exit.


Apsal nampak pendek ni.Hahaha

Trying to blend in gitu.

Kafe dia pun cantik. Nak nanges tengok. 

Macam dekat Europe




Sekeliling Ewha Woman University ada macam-macam kedai kosmetik dan kafe hipster. Bolehlah korang cuci-cuci mata lepas dah satu kali round universiti.

next post (click on the link) : 

DAY 4 SEOUL - GYEONGBOKGUNG PALACE, GWANGHWAMUN SQUARE , CHEONGGYECHEON STREAM , NAMDAEMUN MARKET , MYEONDONG STREET , DDP PLAZA


Sunday 7 May 2017

DAY 2 SEOUL - ITAEWON MOSQUE , NAMSAN TOWER

Assalamualaikum semua.

last post : DAY 1 BUSAN - BUSAN STATION , TAEJONGDAE PARK , GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

(untuk direction,click on this link , I dah include complete direction in my itinerary )


For our second day ,we start our day first in Seoul Station. As you all know, kitaorg naik train  jam 9.45 malam dari Busan Station dan tiba di Seoul Station jam 3.30am.Awal pagi tau, dah boleh buat solat tahajud mcm ni wakakaka. Cuaca malam sgt2 sejuk (9 degree celcius tau). Kitaorg lepak di Seoul Station first sementara tggu Metro Station mula beroperasi. Rakyat Korea sini sgt productive. Jam 4 pagi lebih dah ada citizen yg bersedia tggu train di Seoul Station. Saya perhati Burger King pun dah start beroperasi jam 5 pagi lagi...productive betul ,patutlah negara maju.


9 degree celcius pun xtahan ni belum lagi kalau musim winter


Okey dari Seoul Station, kami menuju ke Seoul Central Mosque di Itaewon untuk rehatkan diri meanwhile tunggu waktu tengah hari untuk check in di Ittaewon Inn (our hotel).

Berlambak restoran halal yg available  sepanjang jalan menuju ke Seoul Central Mosque. Restoran Melayu Siti Sarah and Muslim Mart (to purchase halal groceries) juga terdapat di sepanjang lorong di situ.

Inilah dia Seoul Central Moque ;)

Bertuah jugak kami waktu di Masjid sebab Chairman masjid tersebut, Mr Chan benarkan kami utk guna one of his office utk berehat. Thank you Mr Chan! Punyalah takut nak ketuk pintu ofis dia mula2, rupanya2 baik orangnya.

Dapatlah rehat2 sekejap dah berejam duduk dalam train. Sakit badan iolls!


Inilah  Mr Chan. Jangan main2 dia ni pangkat Professor tapi humble orangnya ;)

Cuma terkilan sedikit sebab tandas di Korea memang bersih tapi kurang bersih di Masjid Itaewon. Mungkin jarang org pakai ataupun sebab bukan org Korea yg uruskan kebersihan tandas di Masjid ni. Huhu..

Lepas dah bersiap2,kami pergi makan dulu. Waktu tu jam pukul 8.30am so xbanyak restoran yg bukak lagi kecuali satu restoran 'Mr Kebab' . Di Itaewon ada beberapa Restoran Mr Kebab tapi yg saya pergi ni lain kot sebab rasa xsesedap mana dan pekerja dia kurang ajar sikit.

Kena marah sebab lambat pilih menu.Eh bukannya ada customer lain pun yg menunggu.Sakit hati betul, 

This is what I eat - Rice with Daging Kebab (9000won). Xhabis pun sbb portion besar.

Lepas dah kenyangkan perut kita beransur menuju Itaewon Inn. Dari Masjid agak jauh jugak kena berjalan. Dalam 15 minit perjalanan gitu. Dekat Itaewon ada ramai foreigner, orang Malaysia pun ada. Haha

Inilah dia Itaewon Inn (berdekata dgn lorong Antique)


Kami pilih private room. Hotel ni pun ada dapur untuk memasak & wifi dia lajuuuu.

Kami berehat-rehat dulu di hotel, yelah dah tak cukup tidur kan (T.T) Dapatlah tonton TV Korea jap walaupun tak ada subtitles.Luls.

Next location -> Namsan Tower

Nak ke Namsan Tower harus turun ke Myeondong Station, exit 3. Sama ada korang boleh naik bas ke Namsan Cable Car Station ataupun berjalan kaki. Ktaorg jalan kaki ja, dalam 15 minit++ . Bila lagi kan nak sightseeing kota raya Seoul (gitew). Jalan nak ke sana senang je. Keluar dari Exit 3, jalan straight,then dah sampai simpang besar jln raya (kalau korang jumpa Bangunan Shinsege gambar Gong Yoo, means korang di jalan yg betul) , belok kiri dan jalan straight sampai jumpa elevator Namsan Cable Car Station.

Inilah elevator utk ke Cable Car Station

Nak ke Station cable car pun kena naik elevator sebab station tu atas bukit jugak.Harga tiket cable car pergi balik ,8500 won. Kalau weekend memang kena beratur panjang utk tunggu giliran okey.

Jangan ingat korang dah sampai Namsan Tower bila turun dari cable car tu eh. Kena naik tangga dan tangga dan tangga lagi. Boleh kurus mcm ni .

Nilah tangga dia.

Jangan lupa bergambar di kerusi bengkok ni okey.

View di Namsan Tower memang cantik sangat. Boleh nampak kota raya Seoul.

Wefie dengan Namsan Tower


Untuk pasangan bercinta bolehlah pasang padlock satu. Bila lagi kan dapat buat mcm ni .



Walau jauh di mata ,dekat di hati.Woot woot.

Kasilah can acah-acah jadi macm Eun Tak sebentar. 

Selain padlock dengan N Tower, ada banyak attraction lagi yg ada di Namsan Tower seperti OLED Tunnel,Toys Museum etc. Nak pekena starbucks satu pun boleh.

Untuk balik dari Namsan Cable Car , jalan sama seperti anda pergi mula-mula.

Balik dari Namsan Tower kami terus pulang ke hotel sebab penat tau naik panjat tangga. Penat semalam pun tak hilang lagi. Tapi in case kalau korang still energize kan, bolehlah jalan-jalan di Myeondong Street sebab dah dekat dengan Myeondong Station. Di situ ada banyak Korean Street Food yg halal.


Next post : DAY 3 SEOUL - NAMI ISLAND , EWHA WOMAN NIVERSITY












Saturday 6 May 2017

DAY 1 BUSAN - BUSAN STATION , TAEJONGDAE PARK , GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

Assalamualaikum semua.

(untuk direction,click on this link , I dah include complete direction in my itinerary )

Hari ini hari pertama kami berada di Busan.Setibanya di Gimhae International Aiport (Jam 8 pagi) , kami bersiap sedia,tukar baju semua di Passenger Changing Room. Bilik ini jugak kami guna utk solat Subuh ketika last day kami di Busan.

Di Busan, the only toilet yang ada bidet hanya di Gimhae International Airport okey

Ko tekanlah mana2 butang bagi keluar air sbb aku pun buat mcm tu,.kekeke 

Utk memudahkan perjalanan sgt2 disarankan (kalau boleh wajib!) utk download apps Korea Subway Metro. Ada pelbagai version dekat Google Play , boleh download mna yg sesuai. Trust me, Subway                              Korea lebih susah dari subjek Biology so you need the apps. 

Dari Gimchae Aiport,kami menggunakan Gimhae Light Transit (5 minit walk from aiport to Gimhae station) utk ke Busan Station.

Muka pent tidur 2 jam dalam flight


Di Busan Station (Jam 12pm), we place our luggage inside the locker. Locker di Busan Station menggunakan fingerprint untuk password. Canggih tak?

Locker at Busan Station 

Harga sewa locker di Busan Station berbeza ikut saiz. Saiz locker untuk station di Seoul paling maximum utk saiz luggage 24' (5000W).

Di Busan Station kami solat di Ground Floor berdekatan tandas sebab kwasan situ paling terlindung dan xmenganggu org. FYI, di Busan,Masjid Al Fatah terletak di Dusil Station (20 stations from Gimhae Airport,jauhnyee).

Dari Busan Station kami bergerak ke Taejongdae Park menggunakan bas nombor 101. Diingatkan bas untuk ke Taejongdae Park terletak opposite Busan Station. (You have to cross the road and wait at the second bus stop)

Di Busan agak sukar utk dapatkan makanan halal (mcm xada je makanan halal haha) , so you need to prepare food beforehand okey .


Nak sampai ke Taejongdae ni senang sebab station dia last sekali. Bila dah alight last station, harus jalan 100m (jalan agak berbukit hehe) untuk reach Taejongdae Entrance. Taejongdae buka jam 4am-12am.

Kalau jumpa roundabout ni , anda berada di jalan yg betul.Walk straight ahead.

Untuk pusing sekitar Taejongdae Park, ada dua cara, sama ada menaiki Danubi Tram ataupun berjalan kaki (I advise you to take the tram sbb jauuuuh nak kena jalan) 

Tempat purchase tiket Danubi Tram

Harga Tiket Danubi Tram,3000won(Adult). Harus diingat waktu weekend atau cuti sekolah mmg ramai citizen sampai kena tunggu nombor giliran untuk naik Danubi Tram.

Comel kan Danubi Tram ni.

Danubi Tram ni hop on hop off tram. Tram ni akan berhenti di beberapa stop.Bila dah turun di satu stop, anda boleh tunggu untuk naik next tram sekali lagi.


Untuk menuju ke tempat paling popular di Taejongdae Park, which is Taejongdae Cliff , anda boleh turun di stop yg pertama di Taejongdae Lighthouse.

Gambar ihsan Trip Advisor

Gambar ihsan Fifty Shades Of Blue


Spot ini paling femes dekat sini sebab pemandangan dia yg sgt cantik and superb MasyaAllah. Best spot to take a picture,hehe. Diingatkan utk ke Taejongdae Cliff agk mencabar sdikit sebab berbatu & curam.Kalau tak tahu jalan boleh tanya citizen hehe.

Next location -> Gamcheon Cultural Village (GCV)

Dari Taejongdae Park, jalan keluar menuju ke Bus Station. Bus station terletak di seberang jalan tempat anda turun mula2 tadi. Boleh perasan Bus Station tu sbb ada byk bas dekat situ.

Naik bas No 30 dan turun di station Nampo-dong. Anda akan perasan bila dah turun nanti, di seberang jalan ada Jagalchi Market, haa anda berada di jalan yg betul. Jangan risau2 nak pergi ke mana mcm kitaorg dulu, terus turun bwah ke Subway Station, sebelum tu anda akan lalu underground shooping street dulu. Bolehlah cuci2 mata jap.

Dari situ naik metro menuju ke Toseong Station dan keluar ke Exit 6 utk ke GCV. Trust me anda akan banyak berjalan start dari sini so sediakan air mineral siap2 k. :)

Keluar dari exit, jalan straight sampai nampak simpang empat,terus belok ke kanan and walk straight smpai nampak Busan Cancer Hopsital. Dah penat jalan boleh tunggu bas nom 2 atau 2-2 di bus stop depan hospital tu.

Bas ni mini bus shja sebab jalan nk ke GCV ni kecik dan berbukit sgt. Driver dia mmg skillful betul. Nak turun ke GCV ni senang je sbb dia last station. Dah sampai sana ,haa apa lagi tangkaplah gambar sepuas hati, GCV seriouly cantik MasyaAllah  gitu..

dah sampai.yeay!



cantiknya diaorg pakai hanbok


Ambik mood lah tu



Selesai dari GCV, kitaog pulang ke Busan Station untuk menaiki tren ke Seoul Jam 9.45 malam.
Untuk pulang, naik je bas yg sama.

Kebetulan masa kami di Korea adalah waktu mengundi,so merata iklan mengundi. Bezanya cara mereka mengiklan lain dari Malaysia. Di Korea, diaorg guna khidmat lori bergerak & skrin digital utk iklan.Hehe canggih sungguh.


Mcm nilah contohnya.kekekeke

Untuk ke Seoul dari Busan boleh naiki dua jenis train, KTX ataupun Mugunghwa Train. Untuk backpackers mcm kami, kami naik Mugunghwa Train sbb nak jimat duit dekat hotel & transportation. 

Perjalanan Mugunghwa train dari Busan-Seoul ambil masa 5 Jam lebih manakala tiket berharga 28600won. Last waktu berlepas bagi train ni jam 9.45 malam dan sampai di Seoul Station dalam jam 3.30 pagi.Tapi train ni xda wifi mcm KTX tau.hahaha


FYI,musim Spring di Busan, waktu mlm boleh mencecah sehingga 8 degree Celcius. So bagi yg xtahan sejuk mcm sya ni haa, siap sedia hotpack (boleh beli di Storyway Mart dgn harga 2000Won).Kebanyakan di pekan Busan, bau arak & daging babi merata, sebab diaorg memang suka dua benda tu.Nak muntah rasa.

If you guys ada masa lebih di Busan,korang boleh try check-it-out these places (direction cari sendiri eh,iolls tolong suggest je ;P ) 

Oryukdo Skywalk 

Yongdusan Park (berdekatan dgn Nampo station)

Dongbaeksum Island (berdekatan dgn Heundae Beach)


Okey , thank your for reading. Please wait for my next post tau!

Next Post (click on the link) : DAY 2 SEOUL - ITAEWON MOSQUE , NAMSAN TOWER