A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Monday 12 June 2017

DAY 4 SEOUL - GYEONGBOKGUNG PALACE, GWANGHWAMUN SQUARE , CHEONGGYECHEON STREAM , NAMDAEMUN MARKET , MYEONDONG STREET , DDP PLAZA



Assalamualaikum semua.. ;)

last post : DAY 3 SEOUL - NAMI ISLAND , EWHA WOMAN UNIVERSITY

(untuk direction,click on this link , I dah include complete direction in my itinerary )

Okey untuk hari keempat will be quite tiring sebab harini kita banyakkkkkkk berjalan. 
Haa sebab kenapa, sebab harini lah last day untuk kita nak berjalan2 dekat Seoul sebab esok dah start balik ke Busan.

Tapi don't worry sebab smua tempat ni actually dekat antara satu sama lain.

So lets go.


GWANGHWAMUN SQUARE - GYEONGBOKGUNG PALACE - CHENGGYECHEONG STREAM


Okey our first stop is Gwanghwamunn Square. Dekat  Gwanghwamun Square nilah ada King Sejong Statue & General Yu Shin Statue.

Nak ke Gwanghwamun Square boleh turun ke Gwanghwamun Station. Keluar dari exit Gwanghwamun Station jalan terus sahaja dan akan nampak Gwanghwamun Square. 

Kebetulan ada shooting dekat Gwanghwamun Exit. Alah tapi tak ada pelakon yang femes. Huahua.



Haa dekat Kim Sejong Statue pulak ada protes secara aman. Macam-macam. 

Finally we meet!

Ish banyak betul orang photobomb gambar kita. T.T

Dah puas bergambar di Gwanghwamun Square , kita head straight to Gyeongbokgung Palace.
Nak tahu palace tu dekat mana? Haa dekat dengan kawasan gunung dalam gambar di atas.

Nilah main gate Gyeongbokgung Palace. Panas terik betul sini tapi angin sejuk. Brrr..

Guard dia muka garang. Teragak-agak nak bergambar . Hahaha. 

Kebetulan hari kami pergi ke Gyeongbokgung Palace dapat free admission.Yeay! Jadi ramai (giler) pengunjung yg ada especially rombongan sekolah. Dari peringkat tadika sampai ke sekolah menengah.


Dah sampai dalam!

If korang ada duit lebih, bolehlah sewa Hanbok dengah harga 10,000 Won utk dua jam ataupun 15,000 Won utk 3 jam.Then, bolehlah photoshoot dekat sini guarantee puas hati. Iolls tak sewa Hanbok sebab nak simpan duit beli kalendar Gong Yoo.Lulz.

Cahaya matahari terik tapi tak panas. Just nice. 

Jalan dalam Gyeongbokgung ni berpasir so kalau nak pakai shades sangat disarankan di sini.

Istana ni actualy filming site untuk banyak drama Korea such as Rooftop PrinceQueen In-Hyun’s Man & Moon Embracing the Sun.



Tempat raja bersemayam.

Keluasan dalam istana ni hampir sama dengan 20 padang bola. Sakit kaki kita jalan sekeliling tau itupun kita skip tak pergi kuil.

Tapi yang kelakarnya ingatkan kitaorg je yang jakun dengan keluasan Istana ni, rakyat Korea sendiri pun tak terkecuali. Diaorang punya terkesima macam foreigner jugak.

Next kita ke Cheonggyechoen Stream.Untuk pengetahuan korang stream ni panjang dia sepanjang 14 km tapi view yang paling cantik actually dekat Cheonggye Plaza. 

Jalan nak ke stream ni senang je cuma kena jalan jauh sedikit dalam 700m++ dari istana. Dari Istana, korang jalan straight je,yup straighttttt je sampai korang jumpa Cheonggye Plaza, then belok kiri.

Nilah dia Cheoggye Plaza. 
Lepas dah belok kiri, jalan straight je dalam 100m camtu dah jumpa stream tu. Tapi jalan jauh lah yea. 


Cantik!

Baik betul Pak Cik ni bawa mak dia jalan-jalan.

Nek nak bergambar sekali boleh? kiuhkiuh

Bunga dan bunga. Eh. 

Cahaya terik sangat sampai mata macam Kim Jong Kook

One with them :)

Cheonggye Plaza -> Namdaemun Street 

Okey, if you guys want to know the best place to buy souvenier in Seoul is at Namdaemun Street. Murah-murah okey. Nak ke Namdaemun Street ni kena turun di Hoehyon Station, Exit 5. 

Mana bendera Malaysia ek?

Okey Kpoppers . All hail to this shop immediately.


Namdaemun market is not only best place to buy souvenir but also accessories and jewelry. Accessories dekat sini omegad i cannot tahan semua cantik2 tau! Harga pun affordable.

Fresh strawberry for 3000 won only. Murah dan besar pulak tu. 

Namdaemun Street -> Myeondong Street.

Next stop is my favourite place in Seoul , which is Myeondong Street! Namdaemun dengan Myeondong street berdekatan je. Tak susah nak cari,kalau tak jumpa jugak jangan risau sebab ada tourist guide yang boleh bantu (and they speak english)

Dekat Myeondong ni tak ada surau, tapi kami solat di M Plaza,tingkat 5. Kami solat bersebelahan dengan lif sebab tempat dia tertutup. 

Dekat M Plaza pun sebenarnya ada Korea Culture Place in which disediakan perkhidmatan untuk memakai pakaian tradisional seperti Hanbok secara percuma. Cuma kena datang awal sebab ramai orang dan tutup jam 5 petang. 

So this is M Plaza!

The best thing about Myeondong Street is that they are many halal street food yang you guys boleh makan tanpa syak wasangkakakaka.

Dalam bun ni ada telur

Tuna Kimbap

Eomuk

I eat this a lot in Korea. Got 2 flavors inside ; Red Bean and Custard

Hotteok

And coming to Myeondong Street actually not only for food kan,tapi sebab nak shopping! Dekat sini ada banyak sangat jual barang kosmetik Korea , rambang mata kita. 

Harga kosmetik Korea dekat sini murah compare to Malaysia. Contohnya I bought Innisfree No Sebum dekat Myeondong for 4,500 Won (RM 13) tapi dekat Malaysia jual RM30. SUCH A GREAT BARGAIN OKEYYY. 

Dekat Soul pun ada banyak jual mask dengan harga 10,000 Won for 20 packs. Murah hokey boleh buat gift untuk kawan-kawan yang fanatik dengan kosmetik Korea. 

Muka happy dapat shopping ;)


Myeondong Street -> Dongdaemun Design Plaza

After Myeondong Street kita menuju ke DDP pulak. DDP ni antara salah satu tempat yang wajib pergi sebab keunikan reka bentuk Plaza ni yang berbentuk macam sarang burung. 

Haa cantik kan
Dekat DDP ni selalu buat konsert and art showcase. Ada art showcase yang free so bolehlah korang singgah tengok.  Selain tu, dekat DDP ni jugak ada pameran LED rose lighting. Tapi tak sure sama ada ada tempoh masa ataupun tidak. Rajin2lah korang buat research kay. ;)

Cantik!

Sekitar DDP Plaza pun ada shopping mall untuk beli secara borong. Barang2 yang dijual semua cantik dan harga pun berpatutan kay. Iolls beli Pandora inspired dekat sini dengan harga 7,000 Won je.