A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Thursday 18 September 2014

First Struggle : Being Covered


                                                      Assalamualaikum.

Well i wish you guys have a bless day today and for the upcoming days insyaAllah.
So entri pagi ini, cik dayang (giteww)  nak kongsi a few easy tips (for beginners like me) on how to overcome your struggle on dressing up mengikut syariah.

first of all, sebagai muslimah proaktif mesti nak tahu cara-cara berpakaian mengikut syariah dulu kan. ^^

siap dengan dalil Al-Quran & Hadis lagi. Jadi adakah kita dari golongan yang membantah atau yang membenarkan? (pic courtesy google)

Saya dan awak jugak yakin yang kita semua cakna isu menutup aurat. Even yang tidak menutup aurat cukup tahu mengenai soal menutup aurat ini. Apa yang membezakan sama ada kita nak atau tak. I know bukan senang nak menutup aurat bila kita dahulu memang bukan macam tu. But slowly, why not learn more about Islam and figure out why Allah ask us to cover our aurah.
When you cover your aurat, you are open to see beautiful things inside yourself. InsyaAllah, Allah make it ease if you are on the road to Him.

Okey firsssst of all, nak habak mai, it would be glad for me to share some few tips for beginners yang nak berhijrah to dress up according to syari'e. :)

okey,lets

1)Tudung. Pakai tudung pun tak semestinya dah tutup aurat ye sayang. Make sure the things that should be covered you cover dengan tudung. Itu gunanya tudung. Bukan cover rambut sahaja, untuk cover leher & dada jugak. Many of us will think, hmm kena pakai tudung bidang 60 ke? 
Well, for me as long as you sendiri tahu tudung yang you pakai tu menutup apa yang perlu ditutup ( I guess uolls semua tahu apa yang perlu tutup kan) then its okey. Be it bidang tudung 60 or wide shawl or jilbab,as long you confident 200% menutup aurat, then its okey. Islam bukan anti fesyen yea sayang. Islam anti fesyen dedah aurat. In case like me, before this saya pakai tudung bidang 45 (normal one) , but then tak satisfy , saya beli bidang 50 / 55 , and it feels safe sebab tak payah nak selak banyak kali untuk tutup dada. Tudung labuh bukannya murah kan, semua atas RM20. So belilah dari student sebab insyaAllah dapat murah, lagi-lagi kalau dia tahu yang kita nak berjinak-jinak pakai tudung labuh (pandai2lah awak tawar-menawar). Belilah colour yang boleh match dengan banyak baju so that you boleh berjimat.
Second option is to buy pre-loved tudung. You can search dekat instagram ada banyaaak yang tawarkan tudung labuh with affordable price. Tudung yang dijual pun dalam kondisi yang baik.

wear it right ok sayang ;)


2) Stocking. Jujur saya cakap, nak pakai stocking lagi susah dari pakai tudung. I guess maybe because semua yang pakai stocking memang pakai tudung, tapi tak semua yang pakai tudung pakai stocking (you get it?) . So, many yang tak ambil tahu sangat bab menutup aurat kaki.
 Nak pakai stocking kena istiqamah. Setiap kali keluar kena selalu bawa stocking sekali. Masa saya mula-mula pakai, adalah ups and down dia. Sekejap pakai, sekejap tak. I thought that at least pakai dah kira okey. Well, tak jugak sebenarnya. Masa mula-mula tu, saya beli yang murah je. RM2 sepasang (beli kat Giant je), so you can bet how jarang can it be. Then I think, better tak payah pakai kalau still nampak jari kaki ,nak bawak pi solat pun tak sah. So bab stocking pun kena cakna juga. Belilah yang tebal dan panjang (At least paras betis) . Stocking berkualiti senang je nak dapat dengan harga yang berpatutan, so memang tak ada hal. Satu je kena ingat, pastikan istiqamah. Bila kita dah terbiasa pakai stocking, insyaAllah lama kelamaan rasa macam tak sempurna je bila keluar tak pakai..

campaign Socks Up 


3)Handsocks. Kadang-kadang tu tak perasan yang lengan kita terdedah kan..itulah gunanya handsocks ^^
Handsocks won't be much problem since pemakaian dia tak panas sangat. Sekarang ni dah macam2 fesyen handsocks yang available. Ada yang lace, duo-tone,etc. For me, i love wearing cotton handsocks dan yang paras separa lengan. Sangat selesa. We won't have trouble kalau lengan terangkat atau terselak bila dah tertutup.  ^^
Yang penting istiqamah lah yea sayang. :)

ihiks comel kan. okey boleh jadikan hadiah untuk birthday saya. :P


4)Baju. Well, Im quite choosy bab baju ni. Saya suka baju yang cantik-cantik je. (haha)
Untuk bab baju ni, of courselah yang longgar dan labuh kan. Make sure tak jarang jugak yea. So, for me as a student maybe akan tersekat sedikit untuk berbelanja sebab baju muslimah bukan murah yea. So, what i do, i wear baju kurung dan jubah lama yang saya ada. Saya tak perlu berbelanja banyak macam tu (hoyeah). Another thing is I prefer to wear skirt then pants.So kalau korang tak nak berbelanja banyak, rajin-rajinlah belajar untuk menjahit. Encik You Tube kan ada. Banyak video berguna i tell you, tekan je mana-mana korang nak. Banyak cara yang korang boleh jimat kan.




5)Make up. Ramai yang perempuan  yang memang suka make up. Sanggup berhabis beratus ringgit untuk beli barang make up yang terbaik. Tapi fikir balik apa niat kita & dengan siapa sebenarnya patut kita pamerkan kecantikan kita. Less is more kan sayang, so hargailah diri and tak perlu make-up tebal2 untuk menutup cela-cela yang ada. Bila kita sibuk nak berhias sehabis mungkin, kita sebenarnya sudah tanam sifat low self esteem dalam diri kita since kita depends on make up untuk bagi self confident. Appreciate our natural beauty, nak bermake-up boleh, tapi jangan sampai tabarujj. Okey dear? Sep sikit. ;)

Say yea to less make up !!

You will have to go inner struggling at first. Recite Surah An-Nasr banyak kali. Surah tu memang sesuai untuk rawat masalah dalaman. Doa kan senjata umat Islam. Amalkan sebelum & selepas bangun tidur. Tapi jangan lupa step yang paling penting iaitu menghayati Surah tu. Okey ;)










May Allah benefits okey. :)



Sunday 14 September 2014

Hiking Bukit Jambul : A Productive Weekend

                                                       Assalamualaikum.

Okey, here's my first time doing hill's review (baru naik 2 kali je pun).
So hari ini saya & kawan sekolej plan untuk daki Bukit Jambul. It was my idea sebab masa cuti sem haritu ingat nak panjat Broga tapi tak ada teman (Sobs Sobs) . So awal-awal masuk sem lagi, saya ajak Wahida (my friend) daki Bukit Jambul, dan Alhamdulillah kawan-kawan lain pun nak join. The more the merrier kan . ^^

Kitaorang bertolak dari USM. Tak jauh pun. Kitaorang ikut laluan perumahan orang kaya (I don't know the road actually but along the way ada istana  rumah besar angat)

Korang akan nampak pintu gerbang macam gambar di bawah. Kalau dah nampak  gerbang tu , memang sah lah korang di tempat yang betul. Sep sikit.

lets start


Masa awal pendakian tu akan ada dua jalan sama ada ikut jalan tangga atau hutan.

Sebelum ni, saya pernah daki Bukit Kledang dan ikut jalan hutan. Memang lagi best & kurang penat. So kitaorang pun decide ambil jalan hutan untuk sampai puncak. So dengan confident-nya kitaorang ikut je penanda yang ada dekat situ. Guider pun tak ada, ikut naluri lah konon (fyi,none of us pernah daki Bukit Jambul).

Tak tahulah, kenapa dah daki 2 jam still tak sampai-sampai lagi (It should be around 20 min or less )
Since I lead the way, kawan2 yang dekat belakang selalu tanya, 'bila nak sampai?'.
Nak sedapkan hati diaorang, saya cakaplah.

"Sikit lagi wey"

satu jam kemudian;
"Nak dekat dah wey"

dua jam kemudian:
"Jangan fikir bila nak sampai wey, jalan je"

wey wey wey..2 jam pun tak sampai-sampai.
._.


Kesian kat kawan2. Nasib baik bawa hotdog, boleh diaorang makan

Masa on the way daki tu, tiba-tiba ada pak cik melayu tengah turun. So saya tanya dia "atas lagi ke Bukit Jambul?"

"Bukit Jambul? Awak dah sesat ni. Ini pergi bukit lain. "

Masa tu memang terbeliak mata. Yelah, dah daki penat-penat, hampir tergelincir, kaki hampir terseliuh, tangan kena duri , air pun nak dekat habis , kawan pula pening kepala...tiba2 dapat tahu salah trek. Alhamdulillah bila dapat tahu yang kitaorang baru first time daki, Pak Cik tu guide kitaorang sampai bawa pergi trek yang betul.  Tiba-tiba rasa muka dia iras-iras Rosyam Nor. Ngupenya, penanda yang kitaorang confident ikut tu untuk peserta triathlon.

==''

Pak Cik tu jalan memang cepat.Ada experience lah katakan. We really try our best to walk after him. He even teaches us a few things about hiking (sebab saya tanya macam2, lol).
Terima Kasih Pak Cik. :)


nampak macam extereme kan tapi dah salah jalan sebenarnya T.T



So dengan berbekalkan arah yang Pak Cik Hensem tu bagitahu, Alhamdulillah kami sampai di puncak. *Rasa macam nak lompat*

Lagi 10 meter sampai puncak. Muka dah penat.

Dah sampai puncak tu adalah gym tapi macam dah berkarat. I heard that this place dah established since 2 decades, so no wonderlah dah usang gym dia.Gambar Bruce Lee & ahli bina badan pun ada. Maybe nak dapat sumber inspirasi kalau workout dekat situ. I don't know.

<3


View dia boleh tahanlah. Nampak rumah dan laut . haha .
Saya bagi 2.5 out of 5 stars.


love the view anyway
can you see Penang Bridge?




me in dark


Dan lepas dah tahu trek yang betul, kitaorang turun semula ikut jalan tangga. But I don't like it much. Sakit lutut tau. Ikut jalan hutan lagi best. To authorities to whom this may regards, buatlah penanda untuk daki Bukit Jambul ( jalan hutan). Please do, nanti boleh saya datang daki lagi.



Ni lah jalan tangga. 

Bila fikir balik macam mana boleh sesat sampai daki 2 jam ,ada bagusnya jugak. Kalau kitaorang ikut jalan tangga, memang tak best since jalan hutan lagi best and challenging. Kami pun takkan dapat berkenalan dengan Pak  Cik Hensem tu kalau tak sesat (sebab Pak Cik tu invite pergi event hiking lain jugak. We even ask his phone number). Saya pun ingat saya akan pancit awal-awal tu (since I have low blood pressure) but to my concern tak pancit pun,energetic adalah. Its like self-dicovery jugak(lol). So Alhamdulillah lah kami sesat. Haha.

Bukit Jambul ni boleh acah-acah macam jogging sebab tak penat sangat. Sesuai untuk beginner (mcm saya) dan latihan sebelum panjat gunung.


dah habis dah


For your information jalan dekat Bukit Jambul memang ada banyak anjing (I guess the riches one owns it). Don't worry, dia tak kacau orang .Tapi anjing-anjing kat situ comel-comel macam anjing dekat kutub utara . Tapi tak berani nak dekat.

Don't forget to try nasi pecal femes dekat area Bukit Jambul bila nak balik tu. Sedap. :)

Thanks for reading this entry. Perhaps more of my hill's review will come after this, insyaAllah. :)

-amateur hiker

Sunday 7 September 2014

How to handle break up awesomely, InsyaAllah.

                                                          Assalamualaikum. 


Interesting kan tajuk entri saya harini..kiuhkiuh

Okey. Siapa yang kat sini pernah break up sila angkat tangan...
Okey, xda sapa yang angkat..
Maybe sebab pegang mouse. 

I hope this entry can help mana2 pembaca. Just sharing . 

No one ever said that break up is easy to handle be it engagement or couple..
it involve both feeling and heart. So kena bagi intensive care bila benda ni terjadi.

But first let me get you this, bila korang break up, bukanlah cinta tu yang terputus.
Yang terputus sebenarnya usaha korang untuk bersama. You decide to no longer get
together. 
Kenapa bukan putus cinta? Sebab utk sesetengah org maybe masih ada cinta, 
maybe tak.Yang membezakan, dia tak berusaha untuk bersama kembali. 
Kenapa kalau dia cinta ,dia tak nak kembali? Tak semua masalah boleh selesai 
mcm tu je especially melibatkan hati. Ada yang dah serik and for some people, 
dia hepi tengok org yg dia cinta bahagia walaupun dgn org lain. (wuuu)

^^

Okey first step.

1) Menangis. Menangislah puas-puas kalau benda tu boleh buat kita rasa lega. 
Menangis tak semestinya kita lemah tapi itu tanda kita dah bertahan kuat 
terlalu lama.Tapi jangan sampai setahun pun macam lagu tu lagi. 
Paling lama pun seminggu lah.. Bagi perempuan, mereka akan luahkan masalah ini
kepada kawan baik mereka.Nak minta support n empati lah kiranya.
Yang boys tak tahu, maybe diaorg akan buat2 cool tapi dalam hati ,  
Allah je yang tahu.

2) Berdoa. Lepas dah nangis, carilah kekuatan. Pada siapa?Pada Allah lah.
Dia Maha Berkuasa. Allah is the best place for you to find the coolness and 
calmness of your heart. Allah tu lagi caring dari ex korang tau. Eventhough Dia
dah tahu problem korang, Dia still dengar masalah korang. Berdoalah, mohon 
kuatkan hati, ampunkan dosa andai waktu bersama dulu kita sering lalai.. Allah
tak akan pulangkan org yg berdoa kepadaNya dengan tangan kosong. 

3) Beri masa. Lepas dah putus,bagi diri kita masa untuk rasa cool dengan 
sendirinya. Kalau tak sampai sehari break up, esok hari dah nak cari pengganti,
something is wrong. Kita tak mampu nak cari ketenangan sendiri. 
Better,jangan buat ok ^^ . 
Take time for yourself. Actually,awal-awal tu memang susah sebab 
kita dah terbiasa ada orang di sisi kan,tapi paksakan diri untuk berdikari. You never know if you don't try.
Do the things that you enjoy doing it alone. You'll realize It will make you happy and you will love yourself more.
Sebelum break up, mesti ada perasaan negatif muncul kan...gunakan masa ni 
untuk develop perasaan positif. Forgive and forget. I know its hard, tapi possible kan?
Nak rasa okey balik bukannya sekejap, kadang2 lama jugak. But believe me, time heals
everything. Sabar, Allah is making you stronger. 

4) Perbaiki amalan. Yes. Grab this chance to upgrade ourself. Kalau dulu, asyik 
bergayut dengan si dia ‘24 jam’ ....Apa kata kita bergayut dengan Dia pulak?
Kalau dulu,bila ada problem kita mengadu pada si dia, sekarang ni kita mengadu
pula kepada Dia?Yang best tu, Dia boleh solve kan problem kita, kita just kena doa.
Time ni,kita perbaiki hubungan kita dengan Allah. 
When we fix our relationship with Him,He will fix the rest.
Isikan masa single anda dengan aktiviti berfaedah mcm bersukan,
baca Al Matsurat, belajar memasak...banyak benda boleh buat. Cuma nak atau tak je. 
Sibukkan diri ok ^^. Janganlah layankan perasaan tu dgn lagu dan drama cinta
masa awal2 tu. Trust me, it will do nothing good.

5) Move on. Lepas dah break up, move on. Secara positif. Kalau dia dah ada orang lain,
let it be. Jangan kacau diaorang. It will just make things worst. Believe you will get
someone better. To some girls (for boys, I don’t know), you will want to stalk him on
social sites. Don’t do it. You will just add pain to your heart. You will questioned days 
and night sama ada dia sedih atau tak. Tup tap tup tap, nampak dia dating dengan 
perempuan lain. Now, the only one that can take care of your heart is yourself. You need
to respect yourself ok. Kalau boleh block, blocklah.. If that can restrain and makes you 
feel better. This imply to boys too. Tapi selalu boys xkan block, yang block, 
perempuan je. 

6) Be happy. I know, mestilah rasa sangat down mula-mula..setiap hari teringat kat dia..
 Pandang dinding, teringat kat dia. Pandang berus gigi, teringat kat dia. It’s normal lah. 
But believe me, you can try to forget. I don’t suggest you to find new partner to 
forget him/her. Nanti akan ada sifat suka banding membandingkan dan pengharapan 
kita pada manusia lagi tinggi. Kita nak partner baru so that dia boleh buat kita
hepi dan lupakan si dia yang dulu. Well I guess you should start it by yourself.
Kita sepatutnya hepi dengan diri sendiri dulu. Kalau kita cari kebahagiaan 
dari orang lain, yang kita dapat kekecewaan. The only person that can make you feel 
happy is yourself..Kalau dulu kita senang emotional, ambil peluang untuk lebih
rasional. Kurangkan emo dan tambahkan ceria. Gitewww. Setiap hari,ambil peluang 
untuk cari masa hepi. Keluar dengan kawan-kawan, dengar ceramah agama, bela kucing.
You will appreciate people surround you.. .Tak semestinya dengan kekasih je kite
hepi kan? 

7)Be proud of yourself. Look around your life – you've got a full schedule, interesting hobbies, good friends, and maybe even a 
long-term project to work on. You've taken time to keep yourself balanced and 
work out your emotions, and you've acted firmly. In short, you've taken a jumbled
pile of feelings, thoughts, and hopes, and built yourself something beautiful with it.
Be proud. This is one of the learning process in life. This could be the start of 
something better in your life. Only you can make it feel better. 

8)Berbaik. Bila dah lama tu, for some people, dia nak berbaik semula. It’s good. 
Berbaik semula, tak semestinya bercinta kembali. Sekadar kawan pun boleh.
Maybe kita boleh hantar pesanan ringkas kat dia. “Hey, I hope you won’t have
hard feeling anymore to me. Just want to tell you, i still consider you as friend. 
(speaking youuuu). Ini contoh je. Janganlah korang pergi hantar kat dia lagu
“Jujurlah sayang”. Dah lain maksudnya cik abang. Lol. Kalau dia tak reply, its okay. 
At least you don’t hve any hard feeling anymore. Just move on with your life. Kan ? ^^


When you feel hurt by someone you love, its time for you to turn back to the One you should love the most. 

Semoga manafaat. :)
Assalamualaikum. ^^