A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Saturday 6 May 2017

DAY 1 BUSAN - BUSAN STATION , TAEJONGDAE PARK , GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

Assalamualaikum semua.

(untuk direction,click on this link , I dah include complete direction in my itinerary )

Hari ini hari pertama kami berada di Busan.Setibanya di Gimhae International Aiport (Jam 8 pagi) , kami bersiap sedia,tukar baju semua di Passenger Changing Room. Bilik ini jugak kami guna utk solat Subuh ketika last day kami di Busan.

Di Busan, the only toilet yang ada bidet hanya di Gimhae International Airport okey

Ko tekanlah mana2 butang bagi keluar air sbb aku pun buat mcm tu,.kekeke 

Utk memudahkan perjalanan sgt2 disarankan (kalau boleh wajib!) utk download apps Korea Subway Metro. Ada pelbagai version dekat Google Play , boleh download mna yg sesuai. Trust me, Subway                              Korea lebih susah dari subjek Biology so you need the apps. 

Dari Gimchae Aiport,kami menggunakan Gimhae Light Transit (5 minit walk from aiport to Gimhae station) utk ke Busan Station.

Muka pent tidur 2 jam dalam flight


Di Busan Station (Jam 12pm), we place our luggage inside the locker. Locker di Busan Station menggunakan fingerprint untuk password. Canggih tak?

Locker at Busan Station 

Harga sewa locker di Busan Station berbeza ikut saiz. Saiz locker untuk station di Seoul paling maximum utk saiz luggage 24' (5000W).

Di Busan Station kami solat di Ground Floor berdekatan tandas sebab kwasan situ paling terlindung dan xmenganggu org. FYI, di Busan,Masjid Al Fatah terletak di Dusil Station (20 stations from Gimhae Airport,jauhnyee).

Dari Busan Station kami bergerak ke Taejongdae Park menggunakan bas nombor 101. Diingatkan bas untuk ke Taejongdae Park terletak opposite Busan Station. (You have to cross the road and wait at the second bus stop)

Di Busan agak sukar utk dapatkan makanan halal (mcm xada je makanan halal haha) , so you need to prepare food beforehand okey .


Nak sampai ke Taejongdae ni senang sebab station dia last sekali. Bila dah alight last station, harus jalan 100m (jalan agak berbukit hehe) untuk reach Taejongdae Entrance. Taejongdae buka jam 4am-12am.

Kalau jumpa roundabout ni , anda berada di jalan yg betul.Walk straight ahead.

Untuk pusing sekitar Taejongdae Park, ada dua cara, sama ada menaiki Danubi Tram ataupun berjalan kaki (I advise you to take the tram sbb jauuuuh nak kena jalan) 

Tempat purchase tiket Danubi Tram

Harga Tiket Danubi Tram,3000won(Adult). Harus diingat waktu weekend atau cuti sekolah mmg ramai citizen sampai kena tunggu nombor giliran untuk naik Danubi Tram.

Comel kan Danubi Tram ni.

Danubi Tram ni hop on hop off tram. Tram ni akan berhenti di beberapa stop.Bila dah turun di satu stop, anda boleh tunggu untuk naik next tram sekali lagi.


Untuk menuju ke tempat paling popular di Taejongdae Park, which is Taejongdae Cliff , anda boleh turun di stop yg pertama di Taejongdae Lighthouse.

Gambar ihsan Trip Advisor

Gambar ihsan Fifty Shades Of Blue


Spot ini paling femes dekat sini sebab pemandangan dia yg sgt cantik and superb MasyaAllah. Best spot to take a picture,hehe. Diingatkan utk ke Taejongdae Cliff agk mencabar sdikit sebab berbatu & curam.Kalau tak tahu jalan boleh tanya citizen hehe.

Next location -> Gamcheon Cultural Village (GCV)

Dari Taejongdae Park, jalan keluar menuju ke Bus Station. Bus station terletak di seberang jalan tempat anda turun mula2 tadi. Boleh perasan Bus Station tu sbb ada byk bas dekat situ.

Naik bas No 30 dan turun di station Nampo-dong. Anda akan perasan bila dah turun nanti, di seberang jalan ada Jagalchi Market, haa anda berada di jalan yg betul. Jangan risau2 nak pergi ke mana mcm kitaorg dulu, terus turun bwah ke Subway Station, sebelum tu anda akan lalu underground shooping street dulu. Bolehlah cuci2 mata jap.

Dari situ naik metro menuju ke Toseong Station dan keluar ke Exit 6 utk ke GCV. Trust me anda akan banyak berjalan start dari sini so sediakan air mineral siap2 k. :)

Keluar dari exit, jalan straight sampai nampak simpang empat,terus belok ke kanan and walk straight smpai nampak Busan Cancer Hopsital. Dah penat jalan boleh tunggu bas nom 2 atau 2-2 di bus stop depan hospital tu.

Bas ni mini bus shja sebab jalan nk ke GCV ni kecik dan berbukit sgt. Driver dia mmg skillful betul. Nak turun ke GCV ni senang je sbb dia last station. Dah sampai sana ,haa apa lagi tangkaplah gambar sepuas hati, GCV seriouly cantik MasyaAllah  gitu..

dah sampai.yeay!



cantiknya diaorg pakai hanbok


Ambik mood lah tu



Selesai dari GCV, kitaog pulang ke Busan Station untuk menaiki tren ke Seoul Jam 9.45 malam.
Untuk pulang, naik je bas yg sama.

Kebetulan masa kami di Korea adalah waktu mengundi,so merata iklan mengundi. Bezanya cara mereka mengiklan lain dari Malaysia. Di Korea, diaorg guna khidmat lori bergerak & skrin digital utk iklan.Hehe canggih sungguh.


Mcm nilah contohnya.kekekeke

Untuk ke Seoul dari Busan boleh naiki dua jenis train, KTX ataupun Mugunghwa Train. Untuk backpackers mcm kami, kami naik Mugunghwa Train sbb nak jimat duit dekat hotel & transportation. 

Perjalanan Mugunghwa train dari Busan-Seoul ambil masa 5 Jam lebih manakala tiket berharga 28600won. Last waktu berlepas bagi train ni jam 9.45 malam dan sampai di Seoul Station dalam jam 3.30 pagi.Tapi train ni xda wifi mcm KTX tau.hahaha


FYI,musim Spring di Busan, waktu mlm boleh mencecah sehingga 8 degree Celcius. So bagi yg xtahan sejuk mcm sya ni haa, siap sedia hotpack (boleh beli di Storyway Mart dgn harga 2000Won).Kebanyakan di pekan Busan, bau arak & daging babi merata, sebab diaorg memang suka dua benda tu.Nak muntah rasa.

If you guys ada masa lebih di Busan,korang boleh try check-it-out these places (direction cari sendiri eh,iolls tolong suggest je ;P ) 

Oryukdo Skywalk 

Yongdusan Park (berdekatan dgn Nampo station)

Dongbaeksum Island (berdekatan dgn Heundae Beach)


Okey , thank your for reading. Please wait for my next post tau!

Next Post (click on the link) : DAY 2 SEOUL - ITAEWON MOSQUE , NAMSAN TOWER

No comments:

Post a Comment