A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Sunday, 21 May 2017

DAY 3 SEOUL - NAMI ISLAND , EWHA WOMAN UNIVERSITY

Assalamualaikum semua.. ;)

last post : DAY 2 SEOUL - ITAEWON MOSQUE , NAMSAN TOWER

(untuk direction,click on this link , I dah include complete direction in my itinerary )


Untuk hari ketiga , kami pergi ke Nami Island dan Ewha Woman University. Yeay!! As you all know nak Nami Island dari Seoul ada 3 cara. Sama ada melalui bas express , kereta ataupun metro. 

Kami pergi ke Nami Island menggunakan Metro since itu yg paling murah. Backpackers lah katakan . Hehe. 
Jarak perjalanan dari Seoul ke Nami dalam 2 jam++ . Kalau nak ke Nami Island saya nasihatkan korang semua untuk keluar awal pagi tau. Sebab Nami Island akan penuh bila waktu tengahari, nanti kesian korang kena beratur panjang nak naik ferry.

Dari Ittaewon ke Nami Island boleh refer pada itenerary saya okey!


But first, let me take a wefie

Kami bertolak ke Nami Island Jam 7.30 am pagi tau semata-mata xnak beratur panjang punya pasal. Sepanjang dalam metro memang saya tidur. Ngantuk sangat tau kena bangun awal pagi.

Rakyat Korea ni sejenis anti social.Masuk dalam tren semua pandang phone. Kita pun dah terikut sekali.


Nak ke Nami Island kena turun di Gapyeong Station okey.

Okey kalau korang nak ke Nami Island + Petite France boleh naik Gapyeong Bas Tour (Tiket :5000 W ) . Bas ni akan lalu Nami Island dan juga Petite France and other places. If korang naik Gapyeong Bas Tour , balik nanti korang boleh turun Cheongpyeong Station sebab lebih dekat.

Kitaorg pergi Nami Island je, so better naik teksi sebab lagi murah. Harga pergi balik (3800W + 3000W) = 6800W. Boleh bahagi tambang dengan kawan, haa tak ke murah gitu.

Masa otw ke Nami Island tu, tiba-tiba radio pasang lagu IU-Good Day, Aku pun nyanyilah dah lagu feveret iolls kan. Pak Cik teksi tu tekerjut tengok aku nyanyi. Dia cakap kat aku 'yepeo' means cantik dalam bahasa Korea. Aku ingatkan dia cakap yepeo kat aku rupanya dia ckp kat IU. Ceh, its sokay lah Pak Cik. 

Ahujmma and ahjushi dekat Korea peramah (tapi ada yang jenis bising-bising jugak). Diaorg ni selalu nak tolong kitaorang tapi sebab tak pandai Bahasa Inggeris , kitaorang pun tak berapa nak faham apa yg diaorg cakap.
Kalau korang cakap simple Korea, diaorg akan start berbual dengan korang dalam Bahasa Korea. Banyak kali kena dekat aku. Bila aku greet 'Annyeonghaseyo' dekat sorang Ahjushi dekat Metro , terus dia sembang Korea dengan aku. Punyalah aku gelabah explain kat Pak Cik tu 'Korea no, English yes' .Kekekeke.

Okey sambung balik cerita tadi,bila dah sampai Nami Island entry, ada dua cara nak ke Nami Island. Haa jangan ingat dah sampai okey. Sama ada korang boleh naik ferry ataupun flying fox (Zip Wire). Disebabkan kita ni rakyat marhaen je , naik ferry jelah okey. Jangan mengada nak naik Zip Wire unless kalau korang ada duit lebih,

Bertuah kitaorg dapat jumpa Cherry Bloossom dekat sini eventhough dah habis season




Entry and Ferry fees to Nami Island is 8000W

Usha siapa entah tu..

Dah sampai Nami!

Berpiknik dulu dietamani pokok-pokok daun merah gitu.

Kat Malaysia tak dapat view macam ni,so ambillah gambar sepuas hati. Muahaha


Balloon light along the way

Kat sini pun ada Snow Man Melayu

Keluasan Pulau Nami memang besar. Sekeliling Nami ada macam-macam tarikan. Iolls suggest korang sewa basikal round-round sekeliling Nami Island. Kami sewa untuk 30 minit (4000won) . Berbaloi sebab boleh pergi jauh sampai hujung pulau, tak delah rasa penat jalan kaki.

30 minit untuk 4000W, 1 jam untuk 7000W

Basikal dia pun best sebab smooth je bila cycle





Happy sangat tu dapat jumpa hero heroin Winter Sonata


Flowers everywhere 

Seronoknya di Nami Island ni Muslim friendly compare to other places. Nak dapatkan makanan halal dan solat pun senang sbb memang disediakan.

Surau Nami Island lerletak dekat dengan Restoran Asia dan Nami Island Public Library. Surau di Nami Island pun cantik. Macam-macam dekorasi yg ada,








Selepas ke Nami Island kalau korang nk ke Petite France bolehlah tunngu Gapyeong Bas. Perjalanan dari Nami ke Petit lebih kurang 30 minit.

Nami Island -> Ewha Woman University

Dari Nami Island kami pergi ke Ewha Woman University. Haaa ramai tanya apsal kena pergi sini? Apa yang best sangat university ni kan..

Sebenarnya Ewha Woman Univsersity ni antara universiti yang paling cantik di Korea. Universiti ni actually start jadi tourist attraction bila Running Man datang untuk shooting di sini. Universiti ni memang dibuka secara umum, sapa-sapa pun boleh masuk.

Di Ewha Woman University akan ada tourist guide tak berbayar pakai baju merah. If korang ada inquiries ke atau nak tanya direction boleh tanya dekat diaorang. okey . ;)

Ni lah tourist guide iolls cakapkan tu
Dari Ewha Woman University Station nak ke universiti senang saje. Jalan straight je dari Metro exit.


Apsal nampak pendek ni.Hahaha

Trying to blend in gitu.

Kafe dia pun cantik. Nak nanges tengok. 

Macam dekat Europe




Sekeliling Ewha Woman University ada macam-macam kedai kosmetik dan kafe hipster. Bolehlah korang cuci-cuci mata lepas dah satu kali round universiti.

next post (click on the link) : 

DAY 4 SEOUL - GYEONGBOKGUNG PALACE, GWANGHWAMUN SQUARE , CHEONGGYECHEON STREAM , NAMDAEMUN MARKET , MYEONDONG STREET , DDP PLAZA


No comments:

Post a Comment