A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Sunday, 23 July 2017

Hiking Bukit Batu Chondong

Assalamualaikum semua. :)

3 Minggu yg lepas aku sempat meluangkan waktu dengan bestfriend aku, Athirah untuk mendaki Bukit Batu Chongdong! Bukit ni terletak di hulu Kelang.

Kalau nak ke Bukit Batu Chondong (BBC) ni senang je laluan dia, korang masuk je jalan sebelah main entrance Zoo Negara dan straight lepas menuju ke ATV Kemensah Ulu Kelang.

Dalam 4.3 Km dari main entrance Zoo Negara

Laluan menuju ke BBC walaupun straigth je tapi dia agak berliku dan sempit , so hati2 okey guys.


Main entrance Bukit Batu Chondong ni agak hidden sebab tak ada papan tulis 'EntranceBBC' tapi laluan dia bersebelahan dengan rumah batu terbiar,


Trek BBC ni agak mencunam dan laluan dia dikelilingin semak dan pohon buluh. Hati2 bila naik, jangan pegang sebarangan dahan takut tangan terluka okey guys.

Disebabkan ketinggian BBC ni hanya kurang dari 300 meter tambah dengan trek dia yang mencanak, kitaorg ambil dalam masa 30 minit lebih untuk sampai puncak. Kalau lebih pun sebab nak kena panjat batu besar.

Ikut straight je okay.

Kalau balik dari hiking tu , korang rasa macam nak singgah dekat waterfall Batu Asah better korang batalkan hasrat tu okey. Sebabnya memang jauh dan rasanya laluan ke waterfall tu untuk laluan untuk ATV sahaja. 

This is the trek I got from other blog


Sebelum nak sampai puncak tu, kitaorg kena panjat menggunakan tali yang disediakan. Rasanya mencabar sedikit dari Broga sebab betul2 menggunakan kekuatan satu badan. 


Nampak macam rendah kan tapi sebenarnya tingi tau



Dah serupa kera masa panjat tu >.<
Sikit je lagi..

Dah sampai. YASS!

Lepas dah lepas panjat batu-batu ni, means nak dekat sampai puncak dah tu. Yeay.


Dah sampai pun puncak BBC!

Ambil gambar kawan dulu.


Puncak BBC seriously cantik. Berbaloi panjat sini, dahlah ketinggian dia rendah tapi boleh dapat view macam panjat Gunung.

Kalau mak tengok gambar ni mau kena marah.
Wajib ambil gambar dengan plag ni. :)



Ambik feeling jap ;P



Makan dulu guys.


Lapar sangat tu sis...


Dah sampai puncak haruslah selfie dengan view gunung. :)


Nak turun dari puncak ke entrance ambik dalam masa 20 minit lebih. Tapi kena hati2 lebih since trek dia mencanak , so senang untuk korang jatuh (macam aku bahaha).

On the way balik tu, kitaorg singgah pekena roti canai dengan teh o dekat gerai berdekatan.Pergh macam tak berbaloi je hiking tadi terus ternak lemak balik,huhuhu.

Tapi I cakap u, teh o dia memang sedap weh memang kaw. Athirah pulak order Milo pun rasa sedap weh , manis dengan pekat dia just nice. 

Balik dari hiking tu kami pergi beraya sakan di Bangi dan Gombak. Sampai2 rumah dah 10 malam. Penat dari hiking pun tak hilang lagi sampai aku terlelap waktu beraya. **teruk betul**

Okeylah guys thank you for reading this entry. Next kita akan review untuk hiking trip yang baru pulak. :)






No comments:

Post a Comment