A blog about life, inspiration, quotes and mostly my random stuff .

Travel Tour Package

trazy.com

Thursday, 18 September 2014

First Struggle : Being Covered


                                                      Assalamualaikum.

Well i wish you guys have a bless day today and for the upcoming days insyaAllah.
So entri pagi ini, cik dayang (giteww)  nak kongsi a few easy tips (for beginners like me) on how to overcome your struggle on dressing up mengikut syariah.

first of all, sebagai muslimah proaktif mesti nak tahu cara-cara berpakaian mengikut syariah dulu kan. ^^

siap dengan dalil Al-Quran & Hadis lagi. Jadi adakah kita dari golongan yang membantah atau yang membenarkan? (pic courtesy google)

Saya dan awak jugak yakin yang kita semua cakna isu menutup aurat. Even yang tidak menutup aurat cukup tahu mengenai soal menutup aurat ini. Apa yang membezakan sama ada kita nak atau tak. I know bukan senang nak menutup aurat bila kita dahulu memang bukan macam tu. But slowly, why not learn more about Islam and figure out why Allah ask us to cover our aurah.
When you cover your aurat, you are open to see beautiful things inside yourself. InsyaAllah, Allah make it ease if you are on the road to Him.

Okey firsssst of all, nak habak mai, it would be glad for me to share some few tips for beginners yang nak berhijrah to dress up according to syari'e. :)

okey,lets

1)Tudung. Pakai tudung pun tak semestinya dah tutup aurat ye sayang. Make sure the things that should be covered you cover dengan tudung. Itu gunanya tudung. Bukan cover rambut sahaja, untuk cover leher & dada jugak. Many of us will think, hmm kena pakai tudung bidang 60 ke? 
Well, for me as long as you sendiri tahu tudung yang you pakai tu menutup apa yang perlu ditutup ( I guess uolls semua tahu apa yang perlu tutup kan) then its okey. Be it bidang tudung 60 or wide shawl or jilbab,as long you confident 200% menutup aurat, then its okey. Islam bukan anti fesyen yea sayang. Islam anti fesyen dedah aurat. In case like me, before this saya pakai tudung bidang 45 (normal one) , but then tak satisfy , saya beli bidang 50 / 55 , and it feels safe sebab tak payah nak selak banyak kali untuk tutup dada. Tudung labuh bukannya murah kan, semua atas RM20. So belilah dari student sebab insyaAllah dapat murah, lagi-lagi kalau dia tahu yang kita nak berjinak-jinak pakai tudung labuh (pandai2lah awak tawar-menawar). Belilah colour yang boleh match dengan banyak baju so that you boleh berjimat.
Second option is to buy pre-loved tudung. You can search dekat instagram ada banyaaak yang tawarkan tudung labuh with affordable price. Tudung yang dijual pun dalam kondisi yang baik.

wear it right ok sayang ;)


2) Stocking. Jujur saya cakap, nak pakai stocking lagi susah dari pakai tudung. I guess maybe because semua yang pakai stocking memang pakai tudung, tapi tak semua yang pakai tudung pakai stocking (you get it?) . So, many yang tak ambil tahu sangat bab menutup aurat kaki.
 Nak pakai stocking kena istiqamah. Setiap kali keluar kena selalu bawa stocking sekali. Masa saya mula-mula pakai, adalah ups and down dia. Sekejap pakai, sekejap tak. I thought that at least pakai dah kira okey. Well, tak jugak sebenarnya. Masa mula-mula tu, saya beli yang murah je. RM2 sepasang (beli kat Giant je), so you can bet how jarang can it be. Then I think, better tak payah pakai kalau still nampak jari kaki ,nak bawak pi solat pun tak sah. So bab stocking pun kena cakna juga. Belilah yang tebal dan panjang (At least paras betis) . Stocking berkualiti senang je nak dapat dengan harga yang berpatutan, so memang tak ada hal. Satu je kena ingat, pastikan istiqamah. Bila kita dah terbiasa pakai stocking, insyaAllah lama kelamaan rasa macam tak sempurna je bila keluar tak pakai..

campaign Socks Up 


3)Handsocks. Kadang-kadang tu tak perasan yang lengan kita terdedah kan..itulah gunanya handsocks ^^
Handsocks won't be much problem since pemakaian dia tak panas sangat. Sekarang ni dah macam2 fesyen handsocks yang available. Ada yang lace, duo-tone,etc. For me, i love wearing cotton handsocks dan yang paras separa lengan. Sangat selesa. We won't have trouble kalau lengan terangkat atau terselak bila dah tertutup.  ^^
Yang penting istiqamah lah yea sayang. :)

ihiks comel kan. okey boleh jadikan hadiah untuk birthday saya. :P


4)Baju. Well, Im quite choosy bab baju ni. Saya suka baju yang cantik-cantik je. (haha)
Untuk bab baju ni, of courselah yang longgar dan labuh kan. Make sure tak jarang jugak yea. So, for me as a student maybe akan tersekat sedikit untuk berbelanja sebab baju muslimah bukan murah yea. So, what i do, i wear baju kurung dan jubah lama yang saya ada. Saya tak perlu berbelanja banyak macam tu (hoyeah). Another thing is I prefer to wear skirt then pants.So kalau korang tak nak berbelanja banyak, rajin-rajinlah belajar untuk menjahit. Encik You Tube kan ada. Banyak video berguna i tell you, tekan je mana-mana korang nak. Banyak cara yang korang boleh jimat kan.




5)Make up. Ramai yang perempuan  yang memang suka make up. Sanggup berhabis beratus ringgit untuk beli barang make up yang terbaik. Tapi fikir balik apa niat kita & dengan siapa sebenarnya patut kita pamerkan kecantikan kita. Less is more kan sayang, so hargailah diri and tak perlu make-up tebal2 untuk menutup cela-cela yang ada. Bila kita sibuk nak berhias sehabis mungkin, kita sebenarnya sudah tanam sifat low self esteem dalam diri kita since kita depends on make up untuk bagi self confident. Appreciate our natural beauty, nak bermake-up boleh, tapi jangan sampai tabarujj. Okey dear? Sep sikit. ;)

Say yea to less make up !!

You will have to go inner struggling at first. Recite Surah An-Nasr banyak kali. Surah tu memang sesuai untuk rawat masalah dalaman. Doa kan senjata umat Islam. Amalkan sebelum & selepas bangun tidur. Tapi jangan lupa step yang paling penting iaitu menghayati Surah tu. Okey ;)










May Allah benefits okey. :)



Sunday, 14 September 2014

Hiking Bukit Jambul : A Productive Weekend

                                                       Assalamualaikum.

Okey, here's my first time doing hill's review (baru naik 2 kali je pun).
So hari ini saya & kawan sekolej plan untuk daki Bukit Jambul. It was my idea sebab masa cuti sem haritu ingat nak panjat Broga tapi tak ada teman (Sobs Sobs) . So awal-awal masuk sem lagi, saya ajak Wahida (my friend) daki Bukit Jambul, dan Alhamdulillah kawan-kawan lain pun nak join. The more the merrier kan . ^^

Kitaorang bertolak dari USM. Tak jauh pun. Kitaorang ikut laluan perumahan orang kaya (I don't know the road actually but along the way ada istana  rumah besar angat)

Korang akan nampak pintu gerbang macam gambar di bawah. Kalau dah nampak  gerbang tu , memang sah lah korang di tempat yang betul. Sep sikit.

lets start


Masa awal pendakian tu akan ada dua jalan sama ada ikut jalan tangga atau hutan.

Sebelum ni, saya pernah daki Bukit Kledang dan ikut jalan hutan. Memang lagi best & kurang penat. So kitaorang pun decide ambil jalan hutan untuk sampai puncak. So dengan confident-nya kitaorang ikut je penanda yang ada dekat situ. Guider pun tak ada, ikut naluri lah konon (fyi,none of us pernah daki Bukit Jambul).

Tak tahulah, kenapa dah daki 2 jam still tak sampai-sampai lagi (It should be around 20 min or less )
Since I lead the way, kawan2 yang dekat belakang selalu tanya, 'bila nak sampai?'.
Nak sedapkan hati diaorang, saya cakaplah.

"Sikit lagi wey"

satu jam kemudian;
"Nak dekat dah wey"

dua jam kemudian:
"Jangan fikir bila nak sampai wey, jalan je"

wey wey wey..2 jam pun tak sampai-sampai.
._.


Kesian kat kawan2. Nasib baik bawa hotdog, boleh diaorang makan

Masa on the way daki tu, tiba-tiba ada pak cik melayu tengah turun. So saya tanya dia "atas lagi ke Bukit Jambul?"

"Bukit Jambul? Awak dah sesat ni. Ini pergi bukit lain. "

Masa tu memang terbeliak mata. Yelah, dah daki penat-penat, hampir tergelincir, kaki hampir terseliuh, tangan kena duri , air pun nak dekat habis , kawan pula pening kepala...tiba2 dapat tahu salah trek. Alhamdulillah bila dapat tahu yang kitaorang baru first time daki, Pak Cik tu guide kitaorang sampai bawa pergi trek yang betul.  Tiba-tiba rasa muka dia iras-iras Rosyam Nor. Ngupenya, penanda yang kitaorang confident ikut tu untuk peserta triathlon.

==''

Pak Cik tu jalan memang cepat.Ada experience lah katakan. We really try our best to walk after him. He even teaches us a few things about hiking (sebab saya tanya macam2, lol).
Terima Kasih Pak Cik. :)


nampak macam extereme kan tapi dah salah jalan sebenarnya T.T



So dengan berbekalkan arah yang Pak Cik Hensem tu bagitahu, Alhamdulillah kami sampai di puncak. *Rasa macam nak lompat*

Lagi 10 meter sampai puncak. Muka dah penat.

Dah sampai puncak tu adalah gym tapi macam dah berkarat. I heard that this place dah established since 2 decades, so no wonderlah dah usang gym dia.Gambar Bruce Lee & ahli bina badan pun ada. Maybe nak dapat sumber inspirasi kalau workout dekat situ. I don't know.

<3


View dia boleh tahanlah. Nampak rumah dan laut . haha .
Saya bagi 2.5 out of 5 stars.


love the view anyway
can you see Penang Bridge?




me in dark


Dan lepas dah tahu trek yang betul, kitaorang turun semula ikut jalan tangga. But I don't like it much. Sakit lutut tau. Ikut jalan hutan lagi best. To authorities to whom this may regards, buatlah penanda untuk daki Bukit Jambul ( jalan hutan). Please do, nanti boleh saya datang daki lagi.



Ni lah jalan tangga. 

Bila fikir balik macam mana boleh sesat sampai daki 2 jam ,ada bagusnya jugak. Kalau kitaorang ikut jalan tangga, memang tak best since jalan hutan lagi best and challenging. Kami pun takkan dapat berkenalan dengan Pak  Cik Hensem tu kalau tak sesat (sebab Pak Cik tu invite pergi event hiking lain jugak. We even ask his phone number). Saya pun ingat saya akan pancit awal-awal tu (since I have low blood pressure) but to my concern tak pancit pun,energetic adalah. Its like self-dicovery jugak(lol). So Alhamdulillah lah kami sesat. Haha.

Bukit Jambul ni boleh acah-acah macam jogging sebab tak penat sangat. Sesuai untuk beginner (mcm saya) dan latihan sebelum panjat gunung.


dah habis dah


For your information jalan dekat Bukit Jambul memang ada banyak anjing (I guess the riches one owns it). Don't worry, dia tak kacau orang .Tapi anjing-anjing kat situ comel-comel macam anjing dekat kutub utara . Tapi tak berani nak dekat.

Don't forget to try nasi pecal femes dekat area Bukit Jambul bila nak balik tu. Sedap. :)

Thanks for reading this entry. Perhaps more of my hill's review will come after this, insyaAllah. :)

-amateur hiker

Sunday, 7 September 2014

How to handle break up awesomely, InsyaAllah.

                                                          Assalamualaikum. 


Interesting kan tajuk entri saya harini..kiuhkiuh

Okey. Siapa yang kat sini pernah break up sila angkat tangan...
Okey, xda sapa yang angkat..
Maybe sebab pegang mouse. 

I hope this entry can help mana2 pembaca. Just sharing . 

No one ever said that break up is easy to handle be it engagement or couple..
it involve both feeling and heart. So kena bagi intensive care bila benda ni terjadi.

But first let me get you this, bila korang break up, bukanlah cinta tu yang terputus.
Yang terputus sebenarnya usaha korang untuk bersama. You decide to no longer get
together. 
Kenapa bukan putus cinta? Sebab utk sesetengah org maybe masih ada cinta, 
maybe tak.Yang membezakan, dia tak berusaha untuk bersama kembali. 
Kenapa kalau dia cinta ,dia tak nak kembali? Tak semua masalah boleh selesai 
mcm tu je especially melibatkan hati. Ada yang dah serik and for some people, 
dia hepi tengok org yg dia cinta bahagia walaupun dgn org lain. (wuuu)

^^

Okey first step.

1) Menangis. Menangislah puas-puas kalau benda tu boleh buat kita rasa lega. 
Menangis tak semestinya kita lemah tapi itu tanda kita dah bertahan kuat 
terlalu lama.Tapi jangan sampai setahun pun macam lagu tu lagi. 
Paling lama pun seminggu lah.. Bagi perempuan, mereka akan luahkan masalah ini
kepada kawan baik mereka.Nak minta support n empati lah kiranya.
Yang boys tak tahu, maybe diaorg akan buat2 cool tapi dalam hati ,  
Allah je yang tahu.

2) Berdoa. Lepas dah nangis, carilah kekuatan. Pada siapa?Pada Allah lah.
Dia Maha Berkuasa. Allah is the best place for you to find the coolness and 
calmness of your heart. Allah tu lagi caring dari ex korang tau. Eventhough Dia
dah tahu problem korang, Dia still dengar masalah korang. Berdoalah, mohon 
kuatkan hati, ampunkan dosa andai waktu bersama dulu kita sering lalai.. Allah
tak akan pulangkan org yg berdoa kepadaNya dengan tangan kosong. 

3) Beri masa. Lepas dah putus,bagi diri kita masa untuk rasa cool dengan 
sendirinya. Kalau tak sampai sehari break up, esok hari dah nak cari pengganti,
something is wrong. Kita tak mampu nak cari ketenangan sendiri. 
Better,jangan buat ok ^^ . 
Take time for yourself. Actually,awal-awal tu memang susah sebab 
kita dah terbiasa ada orang di sisi kan,tapi paksakan diri untuk berdikari. You never know if you don't try.
Do the things that you enjoy doing it alone. You'll realize It will make you happy and you will love yourself more.
Sebelum break up, mesti ada perasaan negatif muncul kan...gunakan masa ni 
untuk develop perasaan positif. Forgive and forget. I know its hard, tapi possible kan?
Nak rasa okey balik bukannya sekejap, kadang2 lama jugak. But believe me, time heals
everything. Sabar, Allah is making you stronger. 

4) Perbaiki amalan. Yes. Grab this chance to upgrade ourself. Kalau dulu, asyik 
bergayut dengan si dia ‘24 jam’ ....Apa kata kita bergayut dengan Dia pulak?
Kalau dulu,bila ada problem kita mengadu pada si dia, sekarang ni kita mengadu
pula kepada Dia?Yang best tu, Dia boleh solve kan problem kita, kita just kena doa.
Time ni,kita perbaiki hubungan kita dengan Allah. 
When we fix our relationship with Him,He will fix the rest.
Isikan masa single anda dengan aktiviti berfaedah mcm bersukan,
baca Al Matsurat, belajar memasak...banyak benda boleh buat. Cuma nak atau tak je. 
Sibukkan diri ok ^^. Janganlah layankan perasaan tu dgn lagu dan drama cinta
masa awal2 tu. Trust me, it will do nothing good.

5) Move on. Lepas dah break up, move on. Secara positif. Kalau dia dah ada orang lain,
let it be. Jangan kacau diaorang. It will just make things worst. Believe you will get
someone better. To some girls (for boys, I don’t know), you will want to stalk him on
social sites. Don’t do it. You will just add pain to your heart. You will questioned days 
and night sama ada dia sedih atau tak. Tup tap tup tap, nampak dia dating dengan 
perempuan lain. Now, the only one that can take care of your heart is yourself. You need
to respect yourself ok. Kalau boleh block, blocklah.. If that can restrain and makes you 
feel better. This imply to boys too. Tapi selalu boys xkan block, yang block, 
perempuan je. 

6) Be happy. I know, mestilah rasa sangat down mula-mula..setiap hari teringat kat dia..
 Pandang dinding, teringat kat dia. Pandang berus gigi, teringat kat dia. It’s normal lah. 
But believe me, you can try to forget. I don’t suggest you to find new partner to 
forget him/her. Nanti akan ada sifat suka banding membandingkan dan pengharapan 
kita pada manusia lagi tinggi. Kita nak partner baru so that dia boleh buat kita
hepi dan lupakan si dia yang dulu. Well I guess you should start it by yourself.
Kita sepatutnya hepi dengan diri sendiri dulu. Kalau kita cari kebahagiaan 
dari orang lain, yang kita dapat kekecewaan. The only person that can make you feel 
happy is yourself..Kalau dulu kita senang emotional, ambil peluang untuk lebih
rasional. Kurangkan emo dan tambahkan ceria. Gitewww. Setiap hari,ambil peluang 
untuk cari masa hepi. Keluar dengan kawan-kawan, dengar ceramah agama, bela kucing.
You will appreciate people surround you.. .Tak semestinya dengan kekasih je kite
hepi kan? 

7)Be proud of yourself. Look around your life – you've got a full schedule, interesting hobbies, good friends, and maybe even a 
long-term project to work on. You've taken time to keep yourself balanced and 
work out your emotions, and you've acted firmly. In short, you've taken a jumbled
pile of feelings, thoughts, and hopes, and built yourself something beautiful with it.
Be proud. This is one of the learning process in life. This could be the start of 
something better in your life. Only you can make it feel better. 

8)Berbaik. Bila dah lama tu, for some people, dia nak berbaik semula. It’s good. 
Berbaik semula, tak semestinya bercinta kembali. Sekadar kawan pun boleh.
Maybe kita boleh hantar pesanan ringkas kat dia. “Hey, I hope you won’t have
hard feeling anymore to me. Just want to tell you, i still consider you as friend. 
(speaking youuuu). Ini contoh je. Janganlah korang pergi hantar kat dia lagu
“Jujurlah sayang”. Dah lain maksudnya cik abang. Lol. Kalau dia tak reply, its okay. 
At least you don’t hve any hard feeling anymore. Just move on with your life. Kan ? ^^


When you feel hurt by someone you love, its time for you to turn back to the One you should love the most. 

Semoga manafaat. :)
Assalamualaikum. ^^



Tuesday, 26 August 2014

Start of something new.



Assalamualaikum.
InsyaAllah this post mmg agak panjang. Sorry, sebab lama tak 
menulis kan. Mohon sediakan 
popcorn di sebelah.
Okey, actually dah quite a long time jugak saya privatekan blog ni 
and some of my photos in fb.
Even dekat insta I’ve deleted hundreds of my pictures, tinggal 
seciput je gambar.
No ,tak ada orang yang hack atau ugut saya. I do it by my own will. 
I want to start a new life.

I have been going through ups and down this year and Alhamdulillah I manage to gain something 
from it. Before this, I ada buat solo trip for 2 weeks by which I went to many places, 
jumpa kawan lama dan buat kawan baru. 
Ke Selangor, KL, dan Negeri Sembilan saya pergi. It has been self 
discovery and life changing to me. Alhamdulillah for that.

So, through this 2 weeks memang I doa I wish to get something
from this trip and Alhamdulilllah I did. 

It take days for me to make this decision to change. 
Before this, I pray for Allah to show me guidance. But many things turn up pulak. Things that i 
term as ‘negative’ in my life. Dalam beberapa bulan sebelum ni, 
saya senang kena migraine (almost every week), I get easily stress,
someone I trust turns me down , I didn’t perform like before in 
my academics, many of my plan didn’t work out... And the list goes on. The saddest part is that I 
have to swallow everythings up, pretending that everything is okey. 
It took after a tremendous time for me to ponder back.

Allah itu sangat penyantun dalam menyedarkan hambaNya.Allah tak turunkan batu kena hempap 
kat kepala untuk sedarkan kita. Dia turunkan ujian.
I always pray Allah to cure my problems, but I didn’t realise that the problems I’m having is
actually curing my heart.

Allah will not test you if it does not bring you closer to Him. 
That is why, ujian itu datang untuk menguatkan bukan melemahkan.

Ujian itu tanda Allah sayang kita.

If one can realize how much powerful the effect of curing your heart from the problems your 
having, it can change your life. 

I know before this , perasaan nak berhijrah tu sentiasa ada tapi 
tenggelam dengan sebab takut tak 
dapat istiqamah. Tapi, kalau kita masih yang dulu, kita yang rugi.

That is why, to start a new way of life, I have to let go some of my past. 

I've deactivated my twitter account.
I don't want to sell my stories and problems publicly to others.
One of the reason jugak sebab i don't want to hook up with social sites. Its contagious. 

Before this, some of my entries ada yg kadang2 merepek, emotional, sarkastik dan mengada2, Im 
sorry.
Saya dah buang dan perbaharui entri mana yang patut diperbaiki. InsyaAllah post yang akan datang
insyaAllah lebih bermanfaat utk korang membacanya.

My photos pun, InsyaAllah in which benefit, I post. 
Right now lagi selesa untuk menulis dan sharing di blog sebab mostly pembaca pun dari kenalan 
rapat or people yg memang nak kan something to read.

I love photography and sharing quotes so I will do it insyaAllah 
appropriately on my instagram. 
No,I never regret of my past, because without my past, I never become like how I am today.
Saya pun nak apologize to you guys through this humble entry. Im sorry because I should do
it face to face.
If ada photos of me which is inappropriate, please delete. If ada kenangan buruk bersama saya, minta maaf. Jom cipta kenangan bahagia bersama-sama pulak lepas ni.. Ecece.

Of course, even I turn up into new leaves, Im still the same me. I really hope people will not 
quickly judge me for not doing this and that (If you know what I mean) . 
Kita ubah secara perlahan-lahan. Biar sedikit2 asalkan istiqamah. 

Muslim itu saling menguatkan ketika lemah dan saling menasihati ketika kuat. Kan?


This post does not make me pious, it’s the teaching of Islam. In the end what actually beautiful is Islam itself. 


Peace.


Monday, 2 June 2014

beware of beauty product

                                                             Assalamualaikum.

So entry kali ini khas bagi kaum hawa. Tapi bagi kaum adam yang nak baca pun apa salahnya. Hew hew ;)

So siapa nak cantik angkat tangan semua. Okey , tak ramai yang angkat maybe sebab pegang mouse. hehe.

Today I'm going to talk about beauty. Eceh, macam aku ni pakar kulit pulak kat. Whatsoever lah , insyaAllah this post will give you an eye opener to those yang sibuk nak nampak cantik luaran.

Fitrah manusia (especially perempuan ) yang nak nampak cantik luaran. That includes me.

Some may say, kecantikan dalaman itu penting, tapi ramai yang sibuk mencari kecantikan luaran sebenarnya (lelaki mohon sentap,hihi..okey melawak je).

This post will be based on my experience. I don't have that flawless skin. Sumpah. haha. My skin is quite sensitive. Cepat merah, cepat meradang. Kena jaga seperti menatang minyak yang penuh gitu.
Dulu time sekolah , I don't take much care of my skin. Kalau ada jerawat biar jelah. Konon nampak brutal lah. Tapi bila dah besar nangis tak berlagu sebab menyesal tak jaga muka masa remaja dulu . T.T

anyway.

I start to search skincare product that can make my skin awesome yang ohemgee.

And then I found one. Saya dapat tahu produk ni ( I won't mention the name ) dari kawan sebab tengok muka dia flawless je, nak tahu juga rahsia dia. Then, I start using that product (available secara online sahaja ) . Mula2 pedih sebab ada peeling. Dalam masa seminggu jugaklah kena tahan azabnya. Memang tak berani duduk bawah cahaya matahari lama-lama time tu.

Before 

Dulu banyak jugaklah masalah kulit yang dihadapi. Kalau nak cerita kat sini takkan habis kut. :P


after 1 month using the product


Both gambar tak filter so that korang boleh compare. teehee. Masa ni cuti semester. I was in Ipoh not Penang.

Boleh kata kulit nampak cantik sikit then before. Improvised sikit. Dalam sebulan jugaklah. Then saya kurangkan pakai produk tu sebab org yang jual tu cakap jgn pakai selalu especially krim malam. I decided to stop using it for a week. Tapi lama-kelamaan my skin becomes worse,naik meradang. Macam org mengamuk tak makan seminggu. 

Then, kawan saya cakap sapukan sedikit krim produk tu dekat span bedak muka dan tengok apa jadi. So, saya pun buat.Can you imagine, tak sampai beberapa jam ,area span tu jadi hitam.I don't know how to describe.

Then, I google about the product I've bought..

and Ya Rabbi, ada Merkuri akak abang semua. Tahu tak merkuri tu sangat dangerous kalau masuk dalam badan. Sobs Sobs . 

Actually saya dah cari produk ni sama ada dapat kelulusan KKM atau tak, tapi orang tu cakap ada,siap tunjuk bukti lagi. But, then tak tahu macam mana pulak ada merkuri. Banyak betul org buat bisnes ni yg pandai menipu. Sedih.

I've decided to stop using this product. Bahaya kawan-kawan. What you put on your skin akan masuk dalam badan dan salur darah. Please beware.

Lepas dah lama tu, my skin become normal back. Macam gambar yang first. Yes, tak flawless dan putih macam dulu tapi lebiiiih selamat. Takpelah naik jerawat sikit2 tu atau tona tidak sekata. At least muka tak terhakis.


now



So, kalau awak tengok sapa-sapa yang tiba-tiba kulit putih cantik secara mendadak, jangan mudah terpedaya dan cepat sangat kagum. The product may not be good for your skin. Luaran nampak cantik, tapi dalam badan dah berapa banyak toksin terkumpul. Kalau nak tahu seseorang ni cerah pakai produk atau cerah semulajadi boleh compare dengan tangan dia. I've seen a lot of people yang kulit putih tangan gelap. (hashtag deep).

Yes, my skin may not as pretty as before or like other girl but I'm glad it's healthy compare to other skin yang nampak mulus tapi sebenarnya makin terhakis day by day. 

So right now I'm using beauty product yang available dekat pharmacy, Watson or Guardian. Confirm selamat. Beli barang kecantikan secara online ni bahaya. Tak semua ada kelulusan KKM and ada juga banyak yang tiruan. Jangan mudah terperdaya dengan testimonial. 

Memang they all looks beautiful after using that product , tapi chemical yang terdapat dalam produk tu sangat lah yang teramat penting untuk kita ambil tahu.

Tapi fikir balik, kenapa nak cantik luaran je kan? Haa,tepuk dada tanya IMAN. 



-Beautiful things does not seek attention-


Tips for me: Kalau nak cantik jugak (biasalah manusia) , pakai baju cantik-cantik. :)



much love. 

Assalamualaikum. :)



Saturday, 17 May 2014

Georgetown - An evening well spent

Assalamualaikum.

So , Friday haritu me and my friends jalan2 sekitar Georgetown. I bet, u would enjoy it like i do. Secara kebetulan sebenarnya. At first, our aim (amboi) nak pergi buat IC baru but then dapat tahu last minute yang JPN dah pindah ke cawangan lain.

tak kisahlah sebab boleh jalan-jalan kan. :D

All of my pictures here taken using my xperia phone, so ada yang agak blur.

So kitaorang naik bas rapid dari USM ke jeti. It took around 30 minutes or more kalau ada traffic congestion. But believe me,Penang without traffic jam is like never okey.

So dari Jeti we walk to Lebuh Downing which is near with bulatan telur pecah. I don't know exactly the name okey.
nampak tak telur pecah. (pic courtesy Google)
Jalan depan sikit ada Fort Cornwallis,tapi kalau nak masuk kena bayarlah okey. Nama pun tempat bersejarah. Anyway, please don't forget to try pasembur dekat Padang Kota Lama. Sumpah korang akan tambah sepuluh pinggan i tell you.

Tapi kitaorang tak jalan pun kat situ sebab we've been there before. 


We headed to Lebuh Armenian. Dekat situ ada banyak art street yang cantik2. Sumpah iolls tak tipu.

lets start!


my partner of crime for today : Atina dan juga Radin yang kerja di belakang tabir.

they're not with me

the famous 'Kids on Bicycle'
epic sangat kau kucing.
bangunan London, lori Malaysia.

Along the street, memang berderet kedai-kedai lama yg old-school. Sumpah lawa. Benda-benda lama ni memang saya suka kecuali kalau pilih calon suami.


singing Yuna ' i wanna go ' .

one of the old shophouse

Dah jalan sekitar tu, jangan lupa singgah masuk satu kedai. You'll be amaze inside.


we enter this
Memang sumpah banyak barang antik uolls. Macam zaman P.Ramlee gitu. Dalam kedai tu pun ada jual souvenier. The best thing is, kita boleh masuk kedai tu dan buat macam rumah sendiri. The owner memang tak kisah. Kau nak ambik gambar banyak mana, nak duduk buat macam rumah sendiri..haa boleh sangat. tapi nak makan minum beli kat luar. Dalam tarak jual.





kan dah cakap owner tu tak kisah buat photoshoot dalam ni

happy-nya dia

`
Singer,menawan keluarga bahagia~
                                     
The upper floor kedai antik yang kitaorang masuk ni memang tak ubah pembinaan dia sejak dulu. So kena hati-hati kalau nak jalan.


macam rumah hantu pun ada

Dalam rumah tu siap ada pameran ic lama,dokumen dan surat-surat lama zaman nenek moyang diaorg. Preserve sungguh. Kau ada?

museum much?

 Along the hallway ada banyak tampalan gambar dan poster dari majalah lama. Penat cari gambar kpop Sharifah Aini tapi semua gambar penyanyi cina.


The master bedroom semua barang lama-lama. Dari katil sampai ke bedak. Haa, bedak zaman dulu pun ada. Agak-agak kalau pakai efek apa entah kat muka.

ada org ambik gambar sendiri. 

flask dia pun antik


kat sini pun boleh buat shooting



one of the souvenier

Sekitar kedai rumah lama,macam-macam diaorang jual. I've entered one of the shop and ohemgee, I've found my childhood memories! Macam-macam gula-gula lama ada jual. Paperdoll yang saya main masa 6 tahun pun ada jual. But I bought it for 40 sen each before and they sell it for RM1 now. Terpaksa buat sendiri camni. : /


cokelat '8' tu RM1 for two! Why so mahal aunty?

If you decide to walk around the street like us, jangan lupa beli air botol mineral dan kipas satu. Macam kipas ' Hello Kitty ' yang iolls beli. ihiks.

Love Me Like Your Fortune Cat

It is better for you to get a map sebab jalan dia agak banyak and confusing. Jangan risau, akan ada aunty yg jual souvenier dan sewa basikal tepi jalan bagi map free kat korang. Aunty tu akan tunjuk dekat map tempat-tempat yang best dan cakap " kalau you jalan banyak penat woo, sewa basikal maa~" . Nampak tak taktik bisnes kat situ. haha. Korang cakap je nak jalan kaki, bagi exercise. Apapun aunty tu memang friendly.


Boy on chair
Nampak tak aku je yg ambik gambar.haha.
tak ,tak iolls tipu (nak sedapkan hati atina)

muka penat



                                           


mana camera?

Dekat sini pun ada cofee house yang sumpah cantik iolls tak tipu korang okey.(baca sekali nafas)

padahal suruh atina pura-pura baca
                                          
                                        
Tapi kalau korang nak sewa basikal pun okey. Harga dia agak berpatutan. Harga dia start dari RM8 ++ depends on the bicycle. (apehal jadi promoter lak ni)


pilih. pilih.

kat situ pun ada khidmat beca. Iolls dah tanya untuk korang harga naik beca (amboi), pak cik tu cakap satu jam RM40. Pak cik tu akan bawa sekitar Georgetown. Entahlah, kalau korang naik beca ni korang sanggup ke duduk tengok pak cik tu penat kayuh bawak korang. Kesian kan.


pak cik tak penat ke? minum power root eh.

Kalau korang tak mampu nak naik beca,ambil gambar dengan beca pun jadilah.





Our next stop : Hock Teik Chien Sin Temple.

Bukan apa, tapi ni first time kot masuk tokong. Haa, excited dia lain macam sikit. Terbayang-bayang jugak konon Jet Li lompat dari satu bumbung ke bumbung dan turun jumpa aku. 


ni lah dia
 Sumpah orang dalam dia sangat friendly and nice. Dahlah masa kitaorang sampai tu, Pak cik Cina tu baru cuci lantai tapi dia still benarkan kitaorang masuk. Terus i rasa muka dia macam Jet Li gitu. They even let us walk around freely. Yeay.


can someone translate this for me?

no, you cannot eat that pau

awesome


api dalam balang tu tak pernah padam sejak dulu lagi sampai sekarang


the staircase to upstairs
ingat ayu lah tu ambik gambar depan colok

cak


If you ever wonder siapa yang lukis street art dekat Penang ni, nama dia Dayang Nur Hidayah Ernest Zacharevic. Boleh Google ye akak abg semua.


there he is

Lupa nak bagitau sepanjang jalan ni memang banyak kedai jual souvenier. So korang tak payah nak mengada-ngada beli cenderamata awal-awal. Survey dulu okey.


kedai ni jual cenderamata diperbuat dari botol kaca

Kitaorang solat Asar dekat Masjid Melayu Lebuh Acheh. Masjid ni special sikit sebab dia mengharamkan orang untuk merokok sekitar kawasan masjid. Dalam masjid ni ada perkampungan kecil in which penduduk diaorang berasal dari Aceh.






ni lah perkampungan kecil Acheh. Depan Masjid je.

Jalan-jalan depan sikit ada ramai orang berkerumun. I don't know exactly the name of the place tapi dekat situ semua orang jual benda buruk  terpakai . I tak tahulah apa yang best sangat. Barang dia pun tak tahu sama ada elok atau tak but there were a lot of people, orang tua especially.

one for two. 3 for five . I don't get this .

pak cik , apa yang best sangat kat sini?

then, before maghrib kitaorang balik naik bas rapid. kena jalan jauh sikit nak ke bas stesen.


sementara tunggu bas


Actually ada banyaaaak lagi tempat best dekat penang ni. pandai2lah tengok map n jangan lupa bawa backpack semua dan jalan2 sekitar penang. You won't know until you see it by your own.

My next plan? Teringin parasailling dekat Batu Ferenggi and rock climbing dekat Escape. Before this, dah try Jet ski sebab dapat harga murah. Korang bolehlah story moly dengan iolls. iolls suka dengar cerita dari orang yg travel2 ni. :)

p.s : btw, nama bulatan telur pecah tu Queen Victoria Diamond Jubilee Clock Tower. (nampak tak gigihnya aku google). Thanks to Radin jadi tourist guide tak berbayar , dia tak perlu map kot.